Bahagian ini adalah ruang "Library" untuk guru-guru bagi mendapatkan bahan dan sumber yang boleh digunakan bagi memudahkan pelaksanaan akomodasi dan modifikasi dalam PdP bagi MBPK KUP . Maklumat lanjut mengenai penggunaan ini boleh didapati di Bahagian Pendidikan & Maklumat dalam Panduan Akomodasi & Modifikasi ini. Sebahagian daripada bahan ini juga sesuai digunakan untuk murid-murid lain di dalam kelas dan ia juga boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa/penjaga murid juga.
Surat ini adalah surat daripada murid kepada guru. Guru boleh memberikan template surat ini kepada murid bagi mendapatkan maklumat berkaitan masalah pendengaran murid, penggunaan peranti pendengaran, ALD dan lain-lain.
*surat tersebut boleh diisi oleh ibu bapa/penjaga.
p/s: Surat yang diterima daripada MBPK KUP tersebut, boleh dikongsikan bersama-sama guru-guru yang mengajar MBPK KUP bagi memastikan semua guru mendapat maklumat yang tepat dan memberi sokongan serta menerapkan strategi akomodasi dan modifikasi dalam PdP mereka.
Senarai semak ini disediakan bagi memudahkan guru untuk melaksanakan akomodasi dan modifikasi yang holistik dalam PdP. Selain itu, disedikan juga senarai semak penggunaan ABP dan sistem FM sebagai panduan pelaksanaan untuk guru. Bahan ini boleh ditampal dalam kelas dan juga meja murid bagi memudahkan rujukan.
Bahan-bahan berikut adalah bahan yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid lain untuk mengenal dan memahami mengenai pendengaran, peranti pendengaran dan cara bagi murid menyokong MBPK KUP.
Cerita sosial dapat membantu MBPK KUP untuk mengenal peranti dan mengetahui jangkaan serta matlamat pemakaian peranti pendengaran tersebut. Selain itu, maklumat tersebut boleh dikongsi bersama-sama rakan sekelas melalui aktiviti bercerita. Cara penggunaan: Muat turun, masukkan maklumat peribadi dan contoh bunyi, kemudian baca bersama-sama ibu bapa/ penjaga/ guru. Penggunaan cerita sosial adalah sangat personal. Oleh itu, ibu bapa/ penjaga/ guru dicadangkan untuk menggunakan gambar sebenar seperti gambar peranti pendengaran MBPK KUP, gambar ibu/ bapa/ penjaga/ guru, gambar terapis atau sesi terapi dan lain-lain.
Cara Penggunaan: Muat turun dan cetak, atau Muat turun dan tunjukan kepada MBPK KUP dengan menggunakan tablet. Guru boleh gunakan bahan ini sebagai panduan untuk memastikan MBPK KUP dapat mendengar dengan baik dengan menggunakan peranti pendengaran mereka.
Indikator keperluan ini boleh digunakan bagi membantu MBPK KUP untuk memberitahu keperluan mereka. Sesetengah MBPK KUP mempunyai kesukaran untuk memberitahu keperluan kerana kurang keyakinan diri dan sebagainya. Oleh itu, guru boleh menggunakan indikator ini sebagai langkah pertama awal untuk meningkatkan keyakinan diri murid untuk menyatakan keperluan mereka.
Cara Penggunaan: Muat turun, cetak dan laminate; Tampal lidi atau batang aiskrim bagi memudahkan murid memegang indikator tersebut; dan Jelaskan kegunaan setiap indikator dan serahkan kepada MBPK KUP. p/s: Beri peneguhan positif seperti pujian apabila MBPK KUP menggunakan indikator tersebut bagi menyatakan keperluan mereka.
Sesetengah MBPK KUP tidak dapat menyatakan hasrat mereka sama ada secara verbal atau isyarat. Berikut adalah antara dialog atau skrip yang boleh digunakan sebagai panduan untuk MBPK KUP belajar menyatakan hasrat mereka.
Cara Penggunaan: Cetak skrip/ dialog ini; Jelaskan kepada MBPK KUP kegunaan dan situasi yang sesuai untuk menggunakan dialog tersebut; Sebut bersama-sama MBPK KUP dengan intonasi yang betul; dan Minta MBPK KUP untuk berlatih bersama-sama ibu bapa/ penjaga di rumah. p/s: Tulis dalam Nota Komunikasi latihan yang perlu dilakukan secara berulang di rumah.
Templat nota komunikasi ini boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan maklumat dan berkomunikasi dengan ibu bapa/ penjaga. Selain itu, ia juga boleh digunakan oleh ibu bapa/ penjaga untuk bertanya dan memberi penjelasan secara bertulis kepada guru.
Cara Penggunaan: Muat turun dan cetak; Gunting & laminate; Tampal pada lidi atau kayu aiskrim; dan Berikan kepada semua murid.
Contoh: "Setiap murid diminta untuk angkat label ini setiap kali ingin bercakap. Kekal mengangkat label ini untuk beberapa ketika bagi membantu MBPK KUP (sebut nama) mengenalpasti murid yang mengangkat label ini."
Cara Penggunaan: Muat turun dan cetak; Jelaskan kepada murid-murid setiap peraturan kelas; Tampal di papan kenyataan kelas; Ulang peraturan kelas setiap hari dan dikurangkan mengikut kesesuaian. p/s: Guru boleh ubah peraturan dan disesuaikan dengan keadaan kelas.
Tugas-tugas buddy. Boleh dijelaskan dan dikongsi dengan murid yang menjadi buddy kepada MBPK KUP.
Bahagian ini adalah ruang "Library" untuk guru-guru bagi mendapatkan bahan dan sumber yang boleh digunakan bagi memudahkan pelaksanaan akomodasi dan modifikasi dalam PdP bagi MBPK KUP . Maklumat lanjut mengenai penggunaan ini boleh didapati di Bahagian Pendidikan & Maklumat dalam Panduan Akomodasi & Modifikasi ini. Sebahagian daripada bahan ini juga sesuai digunakan untuk murid-murid lain di dalam kelas dan ia juga boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa/ penjaga murid juga.
Surat ini adalah surat daripada murid kepada guru. Guru boleh memberikan template surat ini kepada murid bagi mendapatkan maklumat berkaitan masalah pendengaran murid, penggunaan peranti pendengaran, ALD dan lain-lain. *surat tersebut boleh diisi oleh ibu bapa/penjaga.
p/s: Surat yang diterima daripada MBPK KUP tersebut, boleh dikongsikan bersama-sama guru-guru yang mengajar MBPK KUP bagi memastikan semua guru mendapat maklumat yang tepat dan memberi sokongan serta menerapkan strategi akomodasi dan modifikasi dalam PdP mereka.
Senarai semak ini disediakan bagi memudahkan guru untuk melaksanakan akomodasi dan modifikasi yang holistik dalam PdP. Selain itu, disedikan juga senarai semak penggunaan ABP dan sistem FM sebagai panduan pelaksanaan untuk guru. Bahan ini boleh ditampal dalam kelas dan juga meja murid bagi memudahkan rujukan.
Bahan-bahan berikut adalah bahan yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid lain untuk mengenal dan memahami mengenai pendengaran, peranti pendengaran dan cara bagi murid menyokong MBPK KUP.
Cerita sosial dapat membantu MBPK KUP untuk mengenal peranti dan mengetahui jangkaan serta matlamat pemakaian peranti pendengaran tersebut. Selain itu, maklumat tersebut boleh dikongsi bersama-sama rakan sekelas melalui aktiviti bercerita. Cara penggunaan: Muat turun, masukkan maklumat peribadi dan contoh bunyi, kemudian baca bersama-sama ibu bapa/ penjaga/ guru. Penggunaan cerita sosial adalah sangat personal. Oleh itu, ibu bapa/ penjaga/ guru dicadangkan untuk menggunakan gambar sebenar seperti gambar peranti pendengaran MBPK KUP, gambar ibu/ bapa/ penjaga/ guru, gambar terapis atau sesi terapi dan lain-lain.
Cara Penggunaan: Muat turun dan cetak, atau Muat turun dan tunjukan kepada MBPK KUP dengan menggunakan tablet. Guru boleh gunakan bahan ini sebagai panduan untuk memastikan MBPK KUP dapat mendengar dengan baik dengan menggunakan peranti pendengaran mereka.
Indikator keperluan ini boleh digunakan bagi membantu MBPK KUP untuk memberitahu keperluan mereka. Sesetengah MBPK KUP mempunyai kesukaran untuk memberitahu keperluan kerana kurang keyakinan diri dan sebagainya. Oleh itu, guru boleh menggunakan indikator ini sebagai langkah pertama awal untuk meningkatkan keyakinan diri murid untuk menyatakan keperluan mereka.
Cara Penggunaan: Muat turun, cetak dan laminate; Tampal lidi atau batang aiskrim bagi memudahkan murid memegang indikator tersebut; dan Jelaskan kegunaan setiap indikator dan serahkan kepada MBPK KUP. p/s: Beri peneguhan positif seperti pujian apabila MBPK KUP menggunakan indikator tersebut bagi menyatakan keperluan mereka.
Sesetengah MBPK KUP tidak dapat menyatakan hasrat mereka sama ada secara verbal atau isyarat. Berikut adalah antara dialog atau skrip yang boleh digunakan sebagai panduan untuk MBPK KUP belajar menyatakan hasrat mereka.
Cara Penggunaan: Cetak skrip/ dialog ini; Jelaskan kepada MBPK KUP kegunaan dan situasi yang sesuai untuk menggunakan dialog tersebut; Sebut bersama-sama MBPK KUP dengan intonasi yang betul; dan Minta MBPK KUP untuk berlatih bersama-sama ibu bapa/ penjaga di rumah. p/s: Tulis dalam Nota Komunikasi latihan yang perlu dilakukan secara berulang di rumah.
Cara penggunaan: Muat turun; Masukkan nama 'buddy'; Tanda tangan guru; dan Serahkan kepada 'buddy'. Terima kasih buddy!
Cara Penggunaan: Muat turun dan berikan kepada murid untuk membantu mereka menulis perkataan-perkataan yang baru diajar.
Cara Penggunaan: Muat turun dan masukkan nama murid, guru dan ibu bapa/ penjaga. Serahkan nota komunikasi kepada ibu bapa sebaiknya pada permulaan semester.
Templat nota komunikasi ini boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan maklumat dan berkomunikasi dengan ibu bapa/ penjaga. Selain itu, ia juga boleh digunakan oleh ibu bapa/ penjaga untuk bertanya dan memberi penjelasan secara bertulis kepada guru.
Cara Penggunaan: Muat turun dan cetak; Gunting & laminate; Tampal pada lidi atau kayu aiskrim; dan Berikan kepada semua murid.
Contoh: "Setiap murid diminta untuk angkat label ini setiap kali ingin bercakap. Kekal mengangkat label ini untuk beberapa ketika bagi membantu MBPK KUP (sebut nama) mengenalpasti murid yang mengangkat label ini."
Cara Penggunaan: Muat turun dan cetak; Jelaskan kepada murid-murid setiap peraturan kelas; Tampal di papan kenyataan kelas; Ulang peraturan kelas setiap hari dan dikurangkan mengikut kesesuaian. p/s: Guru boleh ubah peraturan dan disesuaikan dengan keadaan kelas.
Panduan Akomodasi dan Modifikasi Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran