Glosari

Glosari

Glosari

Bahagian ini menyediakan maklumat berkaitan definisi dan maksud bagi terma serta perkataan yang digunakan dalam panduan ini.

Terma atau istilah dan definisi

Murid berkeperluan pendidikan khas merujuk kepada murid yang telah diperakukan oleh pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran; atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah yang disebut dalam perenggan (a) hingga (e).

Pasukan pelbagai disiplin terdiri daripada sekumpulan ahli profesional yang terdiri daripada satu atau lebih disiplin atau bidang yang bekerjasama dalam membuat suatu keputusan rawatan atau pendekatan yang sesuai untuk suatu kes.

Diagnosis merujuk kepada perbuatan mengenal pasti sesuatu masalah atau kondisi daripada tanda dan gejala yang berkaitan dengannya.

Saringan merujuk kepada proses pemeriksaan awal bidang khusus yang dijalankan oleh ahli MDT bagi mengenal pasti murid yang memerlukan penilaian lanjut atau diagnosis.

Penilaian merujuk kepada kaedah pemeriksaan formal dengan menggunakan instrumen atau peralatan khas yang standard bagi mengenal pasti masalah atau kesukaran yang dihadapi oleh murid dan menentukan diagnosis.

Intervensi merujuk kepada kombinasi pendekatan atau strategi yang digunakan untuk meningkatkan atau mengubah sesuatu keadaan kepada yang lebih baik (seperti tingkah laku, kefungsian atau tahap perkembangan).

Intervensi pembelajaran merujuk kepada pelaksanaan intervensi pendidikan berkaitan kemahiran membaca, menulis, mengira (3M) serta akomodasi dan modifikasi bahan bantu belajar untuk murid.

Perlakuan memprogram implan koklea.

Proses melaras amplifikasi ABP pada frekuensi tertentu (mengikut keperluan)

Proses mengaktifkan dan memprogram implan koklea.

Hearing protection/ perlindungan pendengaran.