ABP boleh menguatkan bunyi bagi membantu individu dengan masalah pendengaran untuk mendengar, berkomunikasi dan menjalankan aktiviti seharian. Pemilihan ABP bergantung pada tahap dan jenis masalah pendengaran serta kesesuaian gaya hidup individu.
Kesesuaian ABP
Jenis-jenis ABP Konduksi Udara
Kenali Komponen ABP
Bateri
Penjagaan ABP yang Perlu Cikgu Tahu
ABP Jenis Konduksi Tulang.
Semua tahap masalah pendengaran sesuai untuk memakai ABP. Namun, tahap pendengaran individu perlu disesuaikan dengan keupayaan ABP yang dipilih.
Terdapat banyak jenis ABP konduksi udara yang boleh digunakan. Kesesuaian pemilihan ABP ini adalah bergantung pada tahap masalah pendengaran dan gaya hidup pemakai. Kebanyakan kanak-kanak atau murid sekolah menggunakan ABP jenis BTE bersama-sama acuan telinga kerana sedang membesar dan gaya hidup yang aktif serta persekitaran mendengar yang mencabar.
Semua tahap masalah pendengaran sesuai untuk memakai ABP. Namun, tahap pendengaran individu perlu disesuaikan dengan keupayaan ABP yang dipilih.
Sumber Video: https://www.youtube.com/watch?v=AxzVyMcmRcs
ABP diprogramkan mengikut tahap pendengaran individu. Namun, program-program tambahan boleh ditetapkan dalam ABP bagi memenuhi perbezaan cara dan gaya hidup setiap pengguna ABP.
Bagi seorang murid atau pelajar, mereka banyak menghabiskan masa di sekolah. Sekolah adalah satu tempat yang mempunyai persekitaran mendengar yang mencabar disebabkan oleh bunyi latar belakang yang tinggi. Oleh itu, program tambahan yang biasanya ditetapkan untuk mereka ialah Sistem FM dan T-Loop/ T-Coil bagi membolehkan ABP tersebut dipadankan (pairing) dengan Assitive Listening Devices (ALD) tersebut. Maklumat lanjut berkaitan ALD boleh dirujuk pada Bahagian Teknologi Bantuan.
Pengaktifan program:
1. Tekan sekali pada butang program untuk ke Program 1 (Cth: Sistem FM);
2. Tekan dua (2) kali untuk ke Program 2 (Cth: T-Loop/ T-Coil);
3. Tekan sekali lagi untuk kembali ke Default (program hearing yang utama).
Jika berlaku kekeliruan mengenai keadaan program ABP, guru-guru boleh meminta MBPK KUP untuk mematikan dan hidupkan semula ABP dan ABP akan kembali ke Default.
Tanda merah untuk ABP telinga kanan
Tanda biru untuk ABP telinga kiri
R-Red-Right
L-Blue-Left
On: Masukan bateri dan tutup rapat pintu bateri ABP
Off: Buka pintu bateri ABP
ABP berfungsi dengan menggunakan bateri. Bateri ABP terbahagi kepada dua (2) iaitu jenis pakai buang dan jenis cas semula. Kebanyakkan MBPK KUP di Malaysia menggunakan bateri pakai buang. ABP dengan bateri cas semula adalah teknologi baharu yang diperkenalkan.
Bateri pakai buang boleh didapati di pusat-pusat alat pendengaran dengan anggaran harga antara RM 20 hingga RM 30 per paket dengan bilangan bateri 4 atau 6 biji per paket. Sila semak harga semasa dengan pusat-pusat alat pendengaran untuk maklumat lanjut.
Cadangan:
1. Pihak sekolah atau ibu bapa/ penjaga menyediakan bateri kecemasan di sekolah bagi mengelakkan peranti pendengaran tidak dapat berfungsi kerana kehabisan bateri.
2. Pastikan guru mengetahui saiz bateri yang sesuai dengan peranti pendengaran MBPK KUP sebelum membuat pembelian.
Saiz bateri adalah berbeza mengikut jenis/model ABP.
Berikut adalah saiz bateri ABP: 10, 13, 312, 675.
Tempoh hayat sebiji bateri:10-14 hari *ketahanan ia juga adalah bergantung pada penggunaan serta persekitaran pemakai ABP.
Kapasiti bateri boleh disemak menggunakan penguji bateri atau battery tester.
Ketahanan/ keupayaan: 20 - 30 jam
Cas: Setiap hari (3-4 jam)
*kecemasan: cas 30 minit untuk 6 jam penggunaan.
Terdapat dua (2) jenis bateri yang boleh dicas iaitu jenis silver zink dan lithium ion. Ia dapat dibezakan dengan:
a. Jika ABP tanpa pintu bateri, maka ia adalah jenis lithium ion; dan
b. Jika ABP dengan pintu bateri, maka ia adalah jenis silver zink.
Indikator lampu berkelip menunjukan bateri sedang dicas.
Bateri adalah built-in bersama-sama ABP.
Cara cas: masukkan ABP ke dalam alat pengecas.
Boleh digunakan sehingga 4 ke 5 tahun. Kemudian, perlu menggantikan seluruh ABP.
Bateri perlu dikeluarkan daripada ABP.
Cara cas: Keluarkan bateri daripada ABP dan masukkan bateri ke dalam alat pengecas.
Boleh digunakan hingga 1 tahun. Kemudian, perlu menukar bateri boleh cas tanpa menukar ABP.
Saiz bateri boleh cas jenis silver zink juga adalah sama seperti bateri ABP yang biasa digunakan atau pakai buang iaitu: 10, 13, 312 dan 675. *dapatkan kepastian daripada ibu bapa mengenai jenis bateri ABP murid.
Semua tahap masalah pendengaran sesuai untuk memakai ABP. Namun, tahap pendengaran individu perlu disesuaikan dengan keupayaan ABP yang dipilih.
ABP dengan Bateri Pakai Buang
ABP dengan Bateri Boleh Cas (Rechargeable)
p/s: Guru boleh menggunakan Cara 2 bagi menyemak secara cepat kefungsian ABP di dalam kelas.
Selain ABP yang diletakkan di telinga, terdapat ABP yang sesuai digunakan oleh individu yang mempunyai kecacatan fizikal telinga. Berikut adalah maklumat berkaitan ABP jenis konduksi tulang yang perlu diketahui.
ABP yang melibatkan pembedahan bagi meletakan:
1. Abutment bagi BAHA; dan
2.Transducer bagi Bonebridge.
Panduan Akomodasi dan Modifikasi Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran