Penilaian

Penilaian

Akomodasi dan Modifikasi Penilaian

Akomodasi dalam aspek penilaian merujuk kepada perubahan dalam:

1. persekitaran ujian atau peperiksaan; dan

2. bantuan dan perkhidmatan tambahan

yang membolehkan individu kurang upaya menunjukkan tahap kebolehan atau pencapaian sebenar mereka dalam peperiksaan awam atau ujian penting yang lain.

Memahami bahawa ketidakupayaan memberi kesan tersendiri, Individuals with Disabilities Education Act (IDEA), membenarkan kanak-kanak dengan ketidakupayaan untuk mengambil bahagian dalam penilaian atau peperiksaan dengan bantuan kemudahan.

Penggunaan Assistive Listening Devices

Penggunaan ALD dalam peperiksaan bertujuan untuk memudahkan MBPK KUP untuk mendengar arahan verbal dan bahan audio-visual yang dimainkan dalam ujian atau peperiksaan. Ia melibatkan penggunaan ALD seperti sistem FM atau streamer audio-visual dengan peranti pendengaran kendiri (ABP atau implan koklea) yang dapat membantu MBPK KUP mendengar dengan lebih jelas. Selain itu, penggunaan ALD dalam penilaian dapat mengurangkan keresahan MBPK KUP dalam ujian terutama bagi kertas ujian pendengaran dan pertuturan (bagi sesetengah MBPK KUP yang mengambil ujian ini).

*Pihak Lembaga Peperiksaan (LP) tidak mewajibkan MBPK KUP untuk mengambil kertas ujian pendengaran dan pertuturan - Rujuk Panduan Pengurusan Peperiksaan bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK).

Kapsyen

Penggunaan kapsyen adalah disarankan bagi ujian atau peperiksaan yang melibatkan penggunaan bahan audio-visual. Kapsyen atau teks bertulis ini bertindak seperti bahan sokongan visual bagi MBPK KUP untuk mendapatkan maklumat daripada bahan audio-visual yang dimainkan.

p/s: Rujuk Bahagian Pengajaran bagi maklumat lanjut mengenai kapsyen.

Masa Tambahan

Masa tambahan diperlukan oleh MBPK KUP untuk:

1. Membaca serta memproses setiap item yang diuji;

2. Melihat penterjemah bahasa isyarat; dan

3. Menggunakan kemudah-kemudahan peperiksaan yang disediakan.

Bahasa utama dan kemahiran bahasa memainkan peranan penting dalam penyediaan akomodasi dan modifikasi dalam penilaian. Bagi MBPK KUP yang menggunakan Bahasa Isyarat sebagai bahasa utama, masa tambahan adalah sangat penting kerana pembelajaran dan peperiksaan yang disediakan adalah dalam bahasa kedua mereka iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Kamus atau Glosari

Kamus dan glosari dapat memberi maksud perkataan dan ia sangat membantu murid untuk memahami perkataan atau frasa yang digunakan dalam item penilaian.

Kamus: Definisi perkataan.

Glosari: Definisi dan contoh ayat mengikut konteks penilaian.

Contoh:

Hurai: Membentangkan dan menerangkan

Padan: Sesuai / patut / sama

Jumlah: Campuran daripada beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar.

Akomodasi ini diperlukan kerana perkataan yang digunakan dalam penilaian adalah perkataan yang jarang digunakan dalam aktiviti seharian.

Tahukah Anda?

Pemilihan perkataan dalam kamus atau glosari perlu disesuaikan dengan item yang diuji.

Contoh: Tidak sesuai untuk menyediakan kamus atau glosari apabila menguji kosa kata sama ada bagi subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Bilik Berasingan

Masa Rehat Kerap

Rehat yang kerap bermaksud:

1. Masa henti antara bahagian dalam item penilaian;

Cth: Terdapat 3 Bahagian dalam kertas ujian yang diduduki. Masa henti antara 5-10 minit diberikan kepada MBPK KUP setelah selesai Bahagian 1 kemudian, ujian diteruskan untuk Bahagian 2. Seterusnya, masa henti tersebut diberikan lagi setelah selesai Bahagian 2. (Strategi ini boleh dilaksanakan mengikut keperluan murid).

Masa ujian/ peperiksaan dihentikan sewaktu masa henti dan masa menjawab disambung semula selepas waktu henti tersebut.

2. Memberikan waktu rehat yang lebih panjang antara sesi ujian.

Menjawab soalan ujian boleh menyebabkan keletihan bagi kebanyakan MBPK KUP terutamanya bagi murid yang mengambil ujian dalam tempoh yang lebih lama dan dalam bahasa yang baru dipelajari. Rehat yang kerap dapat membantu MBPK KUP untuk mengatasi kepenatan untuk memproses maklumat dan rehat dari mendengar secara aktif serta mengurangkan beban kognitif.

Pembaca (Reader)

Untitled (31)
Siapakah Pembaca?
Untitled (32)
Bagaimana ia membantu?

Pembaca adalah individu yang ditugaskan untuk membaca kertas peperiksaan kepada murid dan membacanya semula (ulang) kepada murid apabila diminta.

Seorang pembaca hendaklah berupaya membaca dengan tepat, jelas dan lancar dengan rentak (pace) yang sesuai dengan keupayaan murid. Namun, pembaca tidak boleh menterjemah, menjelaskan atau menggantikan perkataan dengan perkataan lain.

Pembaca adalah sangat membantu bagi kertas peperiksaan lisan atau pendengaran. MBPK KUP dapat:

1. Audio: Mendengar suara dan intonasi pembaca dengan lebih jelas;

2. Visual: Melihat ekspresi/ mimik muka dan gestures/ gerak badan

yang merupakan maklumat komunikasi yang diperlukan oleh MBPK KUP.

Penterjemah Bahasa Isyarat

Penterjemah Bahasa Isyarat adalah akomodasi yang sesuai disediakan untuk MBPK KUP yang menggunakan Bahasa Isyarat sebagai bahasa utama. Akomodasi ini boleh mengelakan salah faham dan memudahkan murid untuk memahami maklumat, arahan, soalan dan item yang terdapat dalam kertas penilaian.

Jurutulis dalam Peperiksaan

Jurutulis dalam peperiksaan dapat membantu MBPK KUP untuk menyampaikan maklumat kandungan bagi item yang dinilai. MBPK KUP mungkin menghadapi kesukaran dalam kemahiran fungsi eksekutif seperti menulis idea dalam bentuk penulisan sambil menterjemah idea dari struktur Bahasa Isyarat ke Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Oleh itu, jurutulis dapat membantu MBPK KUP untuk menulis idea atau jawapan seperti yang diisyaratkan oleh murid ke bahasa yang difahami oleh pemeriksa.

Selain itu, akomodasi ini dapat membantu MBPK KUP yang mempunyai kesukaran dalam mekanik penulisan

Tahukah Anda?

Mekanik dalam penulisan termasuk ejaan, tanda baca, dan huruf besar. Mekanik hanyalah teknik dalam penulisan yang membantu pembaca memahami maksud yang dimaksudkan oleh pengarang (murid).

Modifikasi Penulisan Soalan Peperiksaan

MBPK KUP mempunyai tahap kemahiran bahasa yang berbeza dan pelbagai. Kebanyakkan mereka mempunyai akses yang terhad dan kelewatan dalam tahap kemahiran bahasa. Perkara ini memberi kesan dalam proses penilaian MBPK KUP terutama apabila instrumen ujian atau peperiksaan menggunakan kosa kata atau frasa yang baru atau tidak diketahui.

Gaya dan struktur bahasa dalam ujian boleh menimbulkan halangan kepada individu yang tidak mempunyai asas bahasa yang kukuh. Penggunaan frasa, tatabahasa, dan struktur ayat dalam ujian atau peperiksaan adalah berbeza dengan penggunaan seharian. Tambahan lagi, soalan aneka pilihan, peribahasa, perkataan dengan pelbagai maksud, homofonik (perkataan berbeza dengan bunyi yang sama), ayat dengan tatabahasa yang kompleks dan maklumat yang tidak berkaitan adalah sukar difahami dan menimbulkan kekeliruan kepada MBPK KUP.

Tips:

Sediakan instrumen penilaian yang mempunyai ayat yang jelas dan mudah difahami oleh semua murid.

Elakkan soalan dengan:

Kemahiran menjawab

Selain itu, guru boleh mengajar kemahiran menjawab soalan atau peperiksaan. Murid didedahkan dengan strategi dan teknik menjawab soalan.

Panduan Pengurusan Peperiksaan bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK)

Lembaga Peperiksaan (LP), KPM telah menyediakan satu Panduan Pengurusan Peperiksaan bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) yang boleh digunakan sebagai panduan kepada pihak sekolah untuk memohon akomodasi dan modifikasi dalam peperiksaan.

Kemudahan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan kepada semua CBK:

Masa tambahan
Braille
Cetakan besar
Soalan Moderasi
Komputer
Rakaman
Pembaca
Jurutulis
Guru pendamping

Berikut adalah beberapa kemudahan yang diberikan kepada MBPK KUP secara amnya iaitu:

Masa tambahan
Soalan moderasi

Walaubagaimanapun, pihak sekolah boleh memohon keperluan-keperluan lain calon selain daripada keperluan yang dinyatakan. Segala permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 30 hari sebelum peperiksaan dijalankan (Lembaga Peperiksaan, KPM).

Kemudahan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan kepada semua CBK:

Masa tambahan
Braille
Cetakan besar
Soalan Moderasi
Komputer
Rakaman
Pembaca
Jurutulis
Guru pendamping

Berikut adalah beberapa kemudahan yang diberikan kepada MBPK KUP secara amnya iaitu:

Masa tambahan
Soalan moderasi

Walaubagaimanapun, pihak sekolah boleh memohon keperluan-keperluan lain calon selain daripada keperluan yang dinyatakan. Segala permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 30 hari sebelum peperiksaan dijalankan (Lembaga Peperiksaan, KPM).

CADANGAN

Pihak sekolah boleh menggunakan justifikasi seperti yang telah dinyatakan di atas (dalam panduan ini) bagi memberi maklumat yang lebih jelas bagi setiap permohonan untuk MBPK KUP.

Panduan Pengurusan Peperiksaan bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK), Lembaga Peperiksaan.

Berikut adalah ringkasan dokumen Panduan Pengurusan Peperiksaan bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) berkaitan dengan kemudahan yang disediakan kepada MBPK KUP.

Pihak sekolah
Ibu bapa/ Penjaga
pihak sekolah

Mendaftarkan CBK mengikut prosedur pendaftaran semasa.

Mematuhi kaedah dan prosedur pengendalian CBK dalam peperiksaan seperti yang termaktub dalam panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

IBU BAPA/PENJAGA

Memohon pihak sekolah untuk menerangkan tentang keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

Menyediakan dokumen sokongan seperti laporan perubatan dari hospital kerajaan/ hospital swasta atau Kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Kemudahan peperiksaan
Jadual Masa Tambahan
KEMUDAHAN PEPERIKSAAN
JADUAL MASA TAMBAHAN

Syarat Kelulusan

Keistemewaan, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah tertakluk atas kelulusan Pengarah Peperiksaan.