MBPK KUP yang memakai implan koklea sedang melakukan aktiviti di dalam kelas.
MBPK KUP yang menghadiri majlis graduasi bergambar bersama guru sebagai tanda kejayaan mereka.
MBPK KUP yang mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dengan lebih berminat dan inklusif.
MBPK KUP yang berinteraksi dengan rakan dan guru, memupuk komunikasi serta keyakinan diri.
Years of
Experience
(Penyesuaian) merupakan praktis atau prosedur yang menerapkan kesaksamaan akses dalam pendidikan kepada murid tanpa mengira latar belakang. Ia juga bermatlamat untuk mengurangkan atau menghapuskan impak ketidakupayaan murid tanpa menjejaskan jangkaan pembelajaran mereka.
(Pengubahsuaian) pula adalah proses (perbuatan, tindakan dan sebagainya) mengubah sedikit sesuatu (keadaan, sifat dan sebagainya) supaya sesuai dengan keperluan. Pengubahsuaian adalah terma yang boleh digunakan untuk menjelaskan maksud modifikasi.
Kedua-dua praktis akomodasi dan modifikasi adalah strategi yang boleh diterapkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk memastikan keupayaan dalam pembelajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Ketidakupayaan Pendengaran (MBPK KUP) dapat dioptimumkan.
Laman sesawang ini dibina khusus untuk dijadikan sebagai rujukan guru bagi melaksanakan penyesuaian dan pengubahsuaian dalam sesi pengajaran mereka bagi menyokong pembelajaran MBPK KUP di Malaysia.
Selain itu, panduan ini boleh dijadikan rujukan kepada pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan bagi menyokong pembelajaran secara holistik dan meningkatkan keupayaan MBPK KUP dalam sistem pendidikan formal.
Tambahan itu, panduan ini juga dapat meningkatkan kompetensi guru bagi melahirkan guru yang lebih kreatif, fleksibel dan berpengetahuan luas dalam menyediakan pendidikan yang lebih bermakna kepada MBPK KUP khususnya.
Panduan ini sesuai digunakan oleh:
(Kod Projek: NN-2024-022/ NN-2025-001).
Projek ini dimulakan dengan usaha menterjemah kandungan utama sebagai langkah awal dalam menyokong pendidikan untuk murid berkeperluan pendengaran.
Pada April, data dikumpulkan berkaitan pelaksanaan akomodasi untuk menyokong pendidikan inklusif. Seterusnya pada Jun, satu bengkel dalam talian telah diadakan melalui Google Meet bersama para guru bagi membincangkan dapatan, berkongsi pengalaman, dan memperkukuh amalan sokongan kepada murid.
Bengkel ini dianjurkan di Citadines, Kota Kinabalu untuk melatih para guru dalam mendidik dan menyokong murid berkeperluan pendengaran, dengan fokus kepada strategi pengajaran inklusif dan berkesan.
Laman sesawang ini dibangunkan melalui projek penyelidikan yang telah mendapat sokongan dan peruntukan daripada Projek Dana Kajian Sosial Kementerian Pengajian Tinggi dengan menggunakan kod rujukan NN-2025-001. Segala sokongan dan pembiayaan yang diberikan amat dihargai dan menjadi pemangkin utama dalam menjayakan projek ini.
Panduan Akomodasi dan Modifikasi Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran