Teknologi Bantuan

Teknologi Bantuan

TEKNOLOGI BANTUAN

Apakah Teknologi Bantuan (Assistive Devices)?

Istilah ini merujuk kepada peranti yang membantu seseorang untuk mendengar dan memahami perkara yang diperkatakan dengan lebih jelas atau menyampaikan keperluan/ idea/ pandangan/ pendapat mereka dengan lebih mudah.

Peranti Sokongan

Disclaimer

Jenis dan model peranti yang ditunjukan adalah untuk kegunaan pendidikan sahaja.

Assistive Listening Devices (ALD)

Sistem FM

Sumber imej

WhatsApp Image 2025-06-09 at 11.13.46

T-Loop/ T-Coil

Sumber imej

T-coil

Telefon berkapsyen

Sumber imej

WhatsApp Image 2025-06-09 at 11.13.31

Alternative & Augmentative Communication (AAC)

AAC teknologi rendah

Sumber imej

AAC 6

AAC menggunakan tablet

Sumber imej

AAC 8

Kepelbagaian AAC berteknologi tinggi

Sumber imej

AAC 9

Penggera

Penggera asap

Sumber imej

Penggera Asap

Penggera loceng

Sumber imej

Penggera Pintu

Penggera jam

Sumber imej

Penggera jam

Jenis Assistive Listening Devices (ALD)

ALD digunakan untuk meningkatkan penerimaan bunyi oleh individu dengan masalah pendengaran. Kebanyakkan ALD berfungsi dengan mengurangkan bunyi bising latar belakang dan menjelaskan suara penutur.

Penggunaan ALD:

Peribadi: Dalam perbualan atau perbincangan kumpulan kecil.

Ruangan besar dan kemudahan awam: Kelas, teater, tempat ibadat, stesen MRT dan lapangan terbang.

Ia boleh digunakan dengan atau tanpa alat bantuan pendengaran atau implan koklea.

ALD yang sesuai digunakan oleh murid adalah seperti yang berikut:

T-loop/ T-coil

Menggunakan tenaga elektromegnetik untuk menghantar sumber bunyi ke receiver yang terdapat dalam ABP/ implan koklea.

Sistem ini melibatkan pemasangan coil atau gegelung induksi di sekeliling kawasan yang terlibat seperti kelas, dewan, rumah ibadah, pawagam, kaunter tiket, perpustakaan dan lain-lain. Pemasangan gegelung adalah seperti garisan biru muda dalam gambar di sebelah.

T-coil 2
Sumber imej: https://gordonmorris.co.uk/induction-loops/
Sumber imej: https://gordonmorris.co.uk/induction-loops/

Pastikan anda menukar ke program peranti pendengaran anda ke program T-Loop/ T-Coil apabila melihat simbol ini. Program T-Lool/ TCoil hanya berfungsi dalam kawasan tertentu yang dipasang dengan gegelung induksi.

T-Coil mudah alih

Telecoil mudah alih sesuai digunakan di kaunter tiket dan radius capaian adalah 1.2 meter daripada peranti tersebut. Ia tidak memerlukan pemasangan serta mudah digunakan.

Sumber imej:https://hearingloop.com.au/shop/contacta-equipment/contacta-1-to-1-loops/contacta-portable-cross-the-counter-system/

T-Coil di tempat awam

Simbol T-coil ini ditemui berdekatan lif di Stesen MRT Putrajaya. Adakah anda melihat simbol ini di sekeliling anda?

WhatsApp Image 2025-06-09 at 11.51.34

Sistem FM

Penghantar (Transmitter)

Penerima (Receiver)

Disclaimer

Jenis dan model peranti yang ditunjukan adalah untuk kegunaan pendidikan sahaja.

Jenis-jenis Transmitter

Transmitter adalah bahagian/peranti yang dipakai oleh guru. Setiap pengeluar atau jenama mempunyai transmitter yang tersendiri. Berikut adalah antara transmitter yang boleh digunakan oleh MBPK KUP.

WhatsApp Image 2025-06-09 at 13.05.48

Kebiasaanya, ABP atau implan koklea dan transmitter yang dipakai berasal daripada jenama yang sama. Namun, teknologi masa kini membenarkan sesetengah ABP atau koklea dipadankan dengan transmitter yang berlainan jenama atau pengeluar.

T-coil 2
Roger On
roger touch
Roger Skrin Sesentuh
T-coil 2
Roger Select

Roger On

Transmitter yang boleh digantung di leher atau diklip di baju.

Roger Skrin Sesentuh

Menghantar suara guru terus ke alat bantuan pendengaran murid.

Roger Select

Transmitter yang boleh digunakan bersama-sama receiver berlainan model dan jenama. Boleh diletakkan di atas meja dan sesuai digunakan dalam perbincangan.

Jenis-jenis Receiver

Receiver adalah bahagian/ peranti yang dipakai oleh murid. Receiver dan transmitter mestilah compatible atau sesuai dipadankan dan kedua-dua bahagian sistem FM ini perlu digunakan bersama-sama bagi membolehkannya berfungsi.

Screenshot 2025-06-12 095628

Contoh yang diberikan akan antara peranti yang biasa digunakan. Segala perubahan adalah tertakluk pada perkembangan teknologi.

Alternative & Augmentative Communication (AAC)

Peranti penggera adalah peranti yang digunakan untuk memberitahu keadaan sekeliling, amaran atau kecemasan. Signal bunyi boleh dimodifikasi atau diubah kepada signal seperti:

1. visual - kelipan lampu;

2. taktil - getaran; dan

3. auditori - bunyi yang lebih kuat atau peranti mengeluarkan bunyi berkenyaringan rendah.

Teknologi terkini juga mampu menyediakan amaran melalui telefon pintar, di mana amaran dihantar kepada diri sendiri atau individu yang ditetapkan.

AAC terdiri daripada peralatan berteknologi rendah yang mengunakan buku atau papan lembut hingga jenis berteknologi tinggi seperti dengan menggunakan tablet.

1. AAC merupakan salah satu mod komunikasi yang boleh digunakan oleh pelbagai kategori MBPK mengikut kesesuaian keupayaan mereka.

2. Ia perlu dibawa bersama-sama MBPK setiap masa bagi memudahkan komunikasi.

3. Penggunaan AAC:

a. memerlukan latihan daripada profesional iaitu Terapis Pertuturan-Bahasa; dan

b. perlu konsisten disemua setting atau tempat iaitu di rumah, sekolah dan lain-lain lokasi.

Peranti Penggera

Peranti penggera adalah peranti yang digunakan untuk memberitahu keadaan sekeliling, amaran atau kecemasan. Signal bunyi boleh dimodifikasi atau diubah kepada signal seperti:

1. visual - kelipan lampu;

2. taktil - getaran; dan

3. auditori - bunyi yang lebih kuat atau peranti mengeluarkan bunyi berkenyaringan rendah.

Teknologi terkini juga mampu menyediakan amaran melalui telefon pintar, di mana amaran dihantar kepada diri sendiri atau individu yang ditetapkan.

Penggera Asap
Peranti pengesan asap atau penggera kebakaran.
ALD Smoke
Peranti pengesan asap atau peranti kebakaran.
ALD Transmitter
Transmitter yang boleh digunakan sebagai butang kecemasan atau loceng di sekolah.
T-coil 2
Receiver yang memberi amaran secara visual (kelipan lampu).

Peranti pengesan asap atau penggera kebakaran.

Mengeluarkan tulisan dan bunyi bagi memberi isyarat bahaya.

Peranti pengesan asap atau peranti kebakaran.

Mengeluarkan cahaya bagi memberi isyarat asap atau kebakaran.

Transmitter yang boleh digunakan sebagai butang kecemasan atau loceng di sekolah.

Perlu digunakan bersama-sama receiver.

Receiver yang memberi amaran secara visual (kelipan lampu).

Bertindak sebagai penggera kebakaran, loceng atau lain-lain kecemasan.

Sistem Medan Bunyi (Soundfield System)

Sistem Medan Bunyi (Soundfield system) adalah sistem pengedaran bunyi dalam kelas yang dapat meningkatkan kejelasan suara penutur dan menyediakan suara atau bunyi yang konsisten dalam kelas.

1. Sistem ini melibatkan penggunaan mikrofon dan speaker.

2. Mikrofon perlu dipakai atau digunakan oleh guru dan beberapa mikrofon lain boleh dikongsikan antara murid.

3. Suara daripada mikrofon dihantar ke speaker, suara dikuatkan dan diedarkan dalam kelas.

Penggunaan Soundfield System boleh memberi manfaat kepada semua murid di dalam kelas.