Kedudukan yang sesuai dapat memberi akses pada komunikasi dan pembelajaran dengan lebih berkesan kepada MBPK KUP.
MBPK KUP dicadangkan untuk duduk di barisan kedua di dalam kelas.
Kedudukan tersebut dapat memberi maklumat auditori iaitu suara guru dengan lebih jelas dan pada masa yang sama, ia dapat memberi input visual yang diperoleh daripada rakan-rakan di barisan pertama (Berndsen & Luckner, 2012; Martins & Gaudiot, 2012) .
Namun, pastikan jarak guru dan MBPK KUP adalah di antara 1 - 2 meter sahaja bagi memastikan suara guru didengar dengan lebih jelas
Pastikan telinga baik (better ear) atau telinga yang memakai peranti pendengaran berada berdekatan atau menghadap penutur (guru).
Input visual adalah penting bagi MBPK. Pencahayaan yang baik diperlukan bagi mendapatkan maklumat dari papan tulis, ekspresi wajah guru, maklumat daripada slaid pembentangan, gerakan tangan bagi Bahasa Isyarat dan lain-lain. Pastikan kawasan guru mengajar mempunyai pencahayaan dengan baik, dan kurangkan silau dari tingkap berdekatan.
Perkara yang perlu disemak bagi memastikan MBPK KUP berada di kedudukan yang baik dalam kelas ialah:
Kedudukan terbaik untuk MBPK KUP adalah dikedudukan di mana mereka dapat melihat keadaan yang berlaku di dalam kelas dan ruang penglihatan yang jelas pada papan tulis, guru, pintu dan maklumat penting (jadual, ruang kosa kata dan lain-lain).
MBPK KUP dicadangkan untuk duduk di barisan kedua di dalam kelas.
Walaupun berada dalam kumpulan, MBPK KUP masih ditempatkan di barisan kedua di dalam kelas.
Contoh susunan murid dalam kelas kecil atau PPKI.
Penjelasan: Telinga baik yang memakai peranti pendengaran menghadap guru, cahaya berada di belakang MBPK KUP bagi mengurangkan silau, penggunaan karpet untuk menyerap gema, MBPK KUP menghadap rakan-rakan yang lain dan terdapat input visual di skrin dan board.
Contoh kedudukan dalam bentuk kumpulan dan semi-U. Sesuai bagi sesi perbincangan dan pembentangan.
Contoh kedudukan dalam kelas bagi susunan menghadap ke hadapan.
Kedudukan bagi MBPK KUP yang mempunyai masalah pada hanya 1 telinga (sebelah) atau unilateral hearing loss juga adalah sama seperti yang dicadangkan di atas.
Paling penting adalah telinga baik menghadap dan dekat dengan guru.
Dicadangkan untuk menggunakan kerusi boleh berpusing (swivel chair) bagi memudahkan murid mengubah kedudukan atau menoleh dengan lebih cepat mengikut sumber bunyi.
Pertuturan yang jelas dan menarik adalah asas pada komunikasi berkesan terutama dengan MBPK KUP. Penerapan komunikasi dan bertutur yang betul akan membantu dalam pembelajaran dan perkembangan bahasa (incidental learning). Apakah pertuturan yang jelas dan menarik?
Ia adalah: (1) Buka mulut, (2) Kadar kelajuan yang perlahan, (3) Kekuatan suara, dan (4) Berintonasi.
1. Memberi arahan; dan
2. Penerangan.
Selain itu, strategi seperti tunggu, panjangkan ayat, beri penerangan dan auditory closure juga adalah strategi yang dapat membantu dalam komunikasi berkesan dan dapat meningkatkan kemahiran bahasa untuk murid.
Bagi pengajaran dalam kumpulan yang kecil, guru-guru boleh menggunakan strategi di bawah untuk berkomunikasi dengan murid:
Komunikasi Seluruh adalah satu mod komunikasi yang biasa digunakan oleh murid yang memakai peranti pendengaran. Mod komunikasi ini menggabungkan pelbagai bentuk komunikasi seperti isyarat, ejaan jari, bahasa badan, mendengar, membaca bibir, dan pertuturan.
Penggunaan komunikasi seluruh bermatlamat untuk mengoptimumkan perkembangan bahasa mengikut kaedah yang paling sesuai untuk setiap kanak-kanak. Implementasi mod komunikasi ini adalah berbeza antara kanak-kanak dan mengikut keupayaan mereka.
Berikut adalah medium komunikasi yang diterapkan dalam komunikasi seluruh:
Sumber Video: https://youtu.be/ZxF_S3thP-4
Panduan Akomodasi dan Modifikasi Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran