Sumber Video: https://youtu.be/qrq6DWZDoI
Tahukah Anda;
Tahap Pendengaran;
Audiogram;
Speech Banana; dan
Apa yang boleh didengar?
Bunyi bergerak melalui organ pendengaran ke otak untuk diproses dan membantu kita bertindak balas kepadanya. Ringkasan pergerakan bunyi dalam organ pendengaran adalah seperti yang berikut:
Tiub eustachian pula menyambungkan telinga tengah dengan hidung. Oleh sebab itu, semasa kita selesema, cecair dari hidung boleh bergerak ke telinga tengah dan tekanan dalam tiub ini menjadi tidak seimbang lalu menyebabkan keadaan kurang dengar atau kurang selesa dalam telinga berlaku.
Sebarang masalah pada telinga luar dan/atau telinga tengah akan menghasilkan masalah pendengaran sementara (konduktif), manakala masalah pada bahagian telinga dalam akan menyebabkan masalah pendengaran kekal (sensorineural). Masalah pendengaran campuran berlaku jika masalah terdapat di bahagian telinga luar/tengah dan telinga dalam.
Bunyi bergerak melalui organ pendengaran ke otak untuk diproses dan membantu kita bertindak balas kepadanya. Ringkasan pergerakan bunyi dalam organ pendengaran adalah seperti yang berikut:
Tiub eustachian pula menyambungkan telinga tengah dengan hidung. Oleh sebab itu, semasa kita selesema, cecair dari hidung boleh bergerak ke telinga tengah dan tekanan dalam tiub ini menjadi tidak seimbang lalu menyebabkan keadaan kurang dengar atau kurang selesa dalam telinga berlaku.
Sebarang masalah pada telinga luar dan/atau telinga tengah, akan menghasilkan masalah pendengaran sementara (konduktif), manakala masalah pada bahagian telinga dalam akan menyebabkan masalah pendengaran kekal (sensorineural). Masalah pendengaran campuran berlaku jika masalah terdapat di bahagian telinga luar/tengah dan telinga dalam.
Tahap pendengaran dikenalpasti melalui ujian pendengaran. Tahap pendengaran terbahagi kepada lima (5) tahap dan ditentukan seperti yang berikut:
Sumber Video: https://youtu.be/5RVhXibbzRo
Sumber Video: https://youtu.be/hQbuqcRVNg4
Nota: Simulasi ini hanya menunjukan pengurangan sensitiviti pendengaran apabila berlaku kehilangan pendengaran.
Audiogram ialah carta atau rajah yang menunjukkan keputusan ujian pendengaran.
Ia merekodkan ambang pendengaran yang diukur dalam unit desibel hearing level (dB HL) bagi setiap kenyaringan (frekuensi) bunyi yang diuji dalam unit Hertz (Hz).
Rajah di bawah adalah audiogram yang mengandungi bunyi-bunyi persekitaran dan pertuturan. Berikut adalah bunyi-bunyi yang sepatutnya didengar oleh individu dengan tahap pendengaran normal.
Speech Banana dan bunyi-bunyi persekitaran yang diplot dalam audiogram.
Audiologis menggunakan simbol O bagi respon telinga kanan; dan simbol X untuk respon telinga kiri.
"Speech Banana" ialah bahan visual yang menerangkan tempat bunyi dan fonem yang digunakan dalam pertuturan seharian dan diplot dalam audiogram.
Ia menunjukkan frekuensi dan kekuatan bunyi-bunyi yang didengari.
Speech Banana mendapat namanya kerana taburan bunyi fonem dalam audiogram adalah seperti bentuk pisang (kawasan berwarna kuning dalam audiogram yang ditunjukkan di atas).
Tahap pendengaran setiap individu perlu meliputi Speech Banana bagi membolehkan bunyi-bunyi pertuturan didengari.
Jom fahami audiogram dan kenal pasti bunyi yang boleh didengar bagi setiap tahap pendengaran.
Kotak yang menutupi audiogram di bawah adalah mewakili masalah pendengaran.
*Contoh yang diberikan adalah berdasarkan audiogram yang digunakan.
Individu dengan masalah pendengaran masih boleh mendengar, namun keupayaan mendengar adalah terbatas dan bergantung pada tahap masalah pendengaran yang dihadapi.
Tidak boleh dengar: Air menitik, daun luruh, burung mencicip, jam berdetik, bunyi pertuturan /v/, /p/, /k/, /f/, /s/ dan /th/.
Individu masih boleh mendengar bunyi-bunyi persekitaran, namun mengalami kesukaran untuk mendengar perkataan yang dituturkan menggunakan bunyi pertuturan yang dinyatakan di atas. Hanya boleh mendengar sesetengah bunyi dalam perkataan yang disebut.
Contoh:
Perkataan 'basikal': Tidak dapat mendengar sebutan /s/ dan /k/. Masih boleh mendengar /b/ dan /a/.
Tidak boleh dengar: Air menitik, daun luruh, burung mencicip, jam berdetik dan semua bunyi pertuturan. Kesukaran utama yang dihadapi oleh individu dengan masalah pendengaran tahap sederhana adalah untuk mendengar bunyi pertuturan. Pada tahap ini, individu hanya dapat mendengar bunyi persekitaran yang kuat.
Tidak boleh dengar: Air menitik, daun luruh, burung mencicip, jam berdetik, semua bunyi pertuturan, bunyi anjing menyalak, deringan telefon dan piano. Individu dengan masalah tahap pendengaran teruk hampir tidak berupaya untuk mendengar bunyi persekitaran dan semua bunyi pertuturan. Namun, mereka masih boleh mendengar bunyi yang sangat kuat seperti mesin rumput, enjin lori, enjin kapal terbang dan helikopter.
Tidak boleh dengar: Air menitik, daun luruh, burung mencicip, jam berdetik, semua bunyi pertuturan, bunyi anjing menyalak, deringan telefon dan piano serta bunyi enjin kenderaan yang sangat kuat. Tidak berupaya untuk mendengar semua bunyi persekitaran dan pertuturan.
Sumber Video: https://youtu.be/ni83PWMLHgE
Penggunaan peranti pendengaran seperti Alat Bantu Pendengaran (ABP) dan juga implan koklea (IK) dapat menguatkan bunyi-bunyi yang tidak dapat didengar oleh individu yang mempunyai masalah pendengaran. Oleh itu, mereka juga berpeluang untuk mendengar bunyi-bunyi tersebut dengan bantuan ABP dan implan koklea.
Panduan Akomodasi dan Modifikasi Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran