Teknologi Pendengaran

Teknologi Pendengaran

Teknologi Pendengaran

"Teknologi Bantuan" ialah sebarang item, peralatan, atau produk yang dibeli di pasaran, yang diubah suai atau dibuat khas untuk meningkatkan, mengekalkan atau memperbaiki keupayaan seseorang individu.

-Akta Teknologi Bantuan 2004

“Never separate a person with a disability from his or her assistive aids”.

Sejarah Peranti Pendengaran

Teknologi Pendengaran

Teknologi pendengaran dalam konteks panduan ini merangkumi tiga (3) perkara utama iaitu:

1. Alat bantu pendengaran;

2. Implan koklea; dan

3. Assistive Listening Devices (ALD).

CI 4
Implan koklea
HA 7
Alat Bantu Pendengaran
ALD 3
Assistive Listening Devices (ALD) atau peranti sokongan pendengaran

Apakah kepentingan maklumat mengenai peranti pendengaran kepada guru?

Maklumat mengenai jenis peranti pendengaran, penggunaan, komponen, penyenggaraan mudah, penyimpanan, troubleshooting dan sebagainya adalah penting untuk guru. Maklumat ini diperlukan oleh guru untuk menyokong pembelajaran MBPK KUP. Perkara ini dapat membantu guru-guru untuk:

1

Mengoptimumkan penggunaan peranti pendengaran

2

Meningkatkan keyakinan untuk mengendalikan peranti ini

3

Melancarkan sesi PdP terutama semasa berlaku kecemasan

4

Memastikan semua murid berada dalam keadaan yang selamat dan selesa untuk belajar

5

Meningkatkan kompetensi guru

Prosedur Klinikal

Maklumat ini adalah untuk membantu guru memahami proses pemakaian peranti pendengaran dan juga keupayaan peranti pendengaran dalam membantu murid untuk mendengar, bertutur dan belajar.

Keperluan Intervensi dan Terapi

Definisi: Proses pe­mulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan.

MBPK KUP memerlukan intervensi dan terapi bagi meningkatkan kemahiran:

1. mendengar;

2. berkomunikasi;

3. bertutur;

4. menguasai kemahiran bahasa; dan

5. bersosial

sebagai asas untuk menguasai kemahiran akademik. Intervensi awal dan berterusan adalah kunci kejayaan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran tersebut.

Lazimnya, MBPK KUP menjalani intervensi dan terapi bersama-sama ahli pasukan pelbagai disiplin atau Multi Disciplinary Team (MDT) seperti ahli audiologi, ahli terapi pertuturan-bahasa, terapis cara kerja dan ahli intervensi pembelajaran. Intervensi dan terapi ini boleh didapati di fasiliti kesihatan, pusat-pusat intervensi dan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK).

Namun, perlu diingat bahawa guru juga merupakan ahli MDT yang bertanggungjawab menerapkan strategi sokongan dan memastikan kesinambungan intervensi dari fasiliti kesihatan ke sekolah.

Jom kenali MDT yang terlibat

Ahli Audiologi

Membantu murid dari aspek pendengaran, peranti pendengaran & amplifikasi, rehabilitasi aural, kemahiran mendengar, keseimbangan, ALD serta akustik di persekitaran.

Ahli Terapi Pertuturan-Bahasa

Membantu murid dengan kecelaruan pertuturan, bahasa, komunikasi, sosial, kelancaran bahasa, suara, fungsi kognitif, atau literasi.

Ahli Terapi CaraKerja

Profesyen yang menggunakan aktiviti bermakna untuk membantu murid melibatkan diri dalam aktiviti harian dalam aspek fizikal, kognitif, psikososial dan sensori bagi meningkatkan keupayaan dan kefungsian murid.

Ahli Intervensi Pembelajaran

Ahli intervensi pembelajaran merujuk kepada pegawai perkhidmatan pendidikan yang terlatih dalam bidang pendidikan khas untuk menjalankan saringan, penilaian dan intervensi kepada murid dalam aspek pembelajaran.

Pastikan ahli MDT yang menjalankan intervensi dan terapi mempunyai kelulusan dan berdaftar di bawah Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu (rujuk https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/index.php/ms/site-mahpc/info-mahpc) .

Keperluan terapi setiap MBPK KUP adalah berbeza. Oleh itu, perbincangan MDT adalah sangat penting dalam menetapkan intervensi dan terapi yang diperlukan oleh MBPK KUP.

Kemahiran Mendengar

"Dah terus boleh bercakap ke lepas pakai alat?"

"Kenapa murid saya pakai alat tapi tak boleh bercakap?"

Ini adalah antara dialog-dialog yang biasa didengar dan ia merupakan persoalan yang berlegar-legar di minda guru, ibu bapa dan individu di sekeliling.

Setelah memakai peranti pendengaran, MBPK KUP memerlukan habilitasi aural dan pendedahan pada bahasa serta input pertuturan bagi membolehkan mereka belajar bertutur.

Selain itu, MBPK KUP perlu menguasai kemahiran mendengar yang merupakan asas pada kemahiran bertutur dan bahasa. Kemahiran mendengar juga berlaku mengikut hierarki pendengaran yang dimulakan dengan mengesan, mendiskriminasi, mengenalpasti dan tahap tertinggi iaitu memahami bunyi yang didengar.

Hierarki pendengaran

Kemahiran mendengar mengikut heirarki pendengaran adalah seperti yang berikut:

1. Mengesan (kemahiran auditori paling asas): Kesedaran pada kehadiran bunyi;

2. Mendiskriminasi: Keupayaan untuk menyatakan persamaan atau perbezaan antara dua bunyi;

3. Mengenalpasti: Keupayaan untuk menamakan bunyi yang didengar; dan

4. Kefahaman (kemahiran auditori paling kompleks): Melibatkan persepsi pendengaran dan kebolehan kognitif dan/ atau bahasa.

MBPK KUP yang tidak berupaya menguasai tahap kefahaman, mengalami kesukaran untuk memperoleh kemahiran bertutur.

Tahukah Anda?

Tips: Persekitaran yang menggunakan mod komunikasi verbal atau komunikasi seluruh dapat meningkatkan input bahasa dalam menggalakkan/merangsang murid yang memakai peranti pendengaran untuk bertutur.

Semak Pendengaran (Listening Checks)

MBPK KUP yang memakai peranti pendengaran perlu memastikan peranti mereka berfungsi dengan baik untuk mendengar bunyi persekitaran dan bunyi pertuturan.

MBPK KUP tidak dapat mendengar bunyi persekitaran dan pertuturan jika peranti pendengaran mereka tidak berfungsi dengan baik.

Semakan dengan menggunakan Bunyi 6 Ling boleh membantu guru untuk mengenalpasti peranti pendengaran MBPK KUP berfungsi dengan baik. Ia adalah satu cara yang mudah untuk dilakukan oleh guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan disarankan untuk membuat listening checks ini setiap hari. Ujian ini melibatkan kemahiran mendengar iaitu kemahiran mengesan, mendiskriminasi dan mengenalpasti bunyi.

BUNYI 6 LING

Bunyi Ling-6 ialah satu set enam (6) bunyi pertuturan (/m/, /oo/, /ee/, /ah/, /sh/, dan /s/) yang merangkumi frekuensi nada rendah hingga tinggi. Ujian pantas dan mudah ini dibangunkan untuk menilai akses kepada bunyi-bunyi minimum yang diperlukan untuk mendengar, memahami, dan mempelajari pertuturan. Ia membolehkan ibu bapa, guru dan ahli profesional yang lain untuk memeriksa sama ada MBPK KUP mempunyai akses yang mencukupi kepada pelbagai bunyi pertuturan yang diperlukan untuk perkembangan bahasa.

Panduan membunyikan Bunyi 6 Ling

/mm/: seperti membuat bunyi makanan yang sedap

/oo/ atau /u/: seperti dalam perkataan ibu

/ah/ atau /a/: seperti sedang menjerit saat aah

/ee/ atau /i/: seperti menyebut sesuatu yang jijik atau kotor

/sh/: seperti semasa membuat tanda senyap shh

/s/: seperti suara ular atau ssss

Berikut adalah langkah-langkah pelaksanaan bagi ujian Bunyi 6 Ling yang boleh dilakukan oleh guru: