Akustik ialah istilah yang digunakan untuk menjelaskan pergerakan bunyi dalam sesebuah bilik. Faktor dalam reka bentuk bilik dan bahan memainkan peranan penting yang boleh menyebabkan bunyi menjadi lebih kuat atau lebih perlahan.
Akustik yang baik diperlukan di dalam kelas bagi mengurangkan bising latar belakang dan gema. Kedua-dua elemen ini boleh memberi kesan pada pembelajaran murid. Perkara ini bukan sahaja memberi impak negatif kepada MBPK KUP, malah murid-murid lain juga akan terkesan dengan kualiti bunyi yang didengar.
Kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara pencapaian akademik dan akustik yang baik untuk kedua-dua murid tipikal dan MBPK KUP. Akustik bilik darjah yang lemah adalah cabaran pembelajaran khususnya bagi kanak-kanak yang mengalami telinga berair (glue ear) atau kehilangan pendengaran kekal.
Background noise atau bunyi hingar latar belakang atau lebih dikenali sebagai kebisingan merupakan halangan untuk kita mendengar dengan jelas. Halangan ini juga adalah antara halangan terbesar bagi individu yang memakai peranti pendengaran. MBPK KUP menghadapi kesukaran untuk menapis bunyi, terutama bunyi yang ingin didengar apabila berada dalam persekitaran yang bising dan ia menyukarkan mereka untuk memahami pertuturan.
Contoh sumber yang menyebabkan bunyi bising:
1. bunyi enjin kenderaan;
2. bunyi tapak pembinaan;
3. suara murid bermain dan lalu-lalang;
1. Bunyi sumber elektrik seperti kipas dan lampu;
2. Bunyi daripada penghawa dingin (AC); dan
3. Suara-suara murid di dalam kelas.
Oleh itu, pastikan peralatan elektrik dalam kelas berada dalam keadaan yang baik.
Tahap bunyi latar belakang dalam bilik kelas yang kosong, dicadangkan tidak melebihi 35 dBA. Namun, secara purata bunyi latar belakang kelas dengan kehadiran murid ialah 48 dBA, dan >60 dBA apabila murid melakukan aktiviti seperti bercakap, bermain serta melakukan aktiviti berkumpulan.
p/s - Maklumat tambahan:
Kekuatan suara semasa perbualan biasa: 50 - 55 dBA
Kekuatan suara yang dikuatkan (projected) atau suara maksimum: 65 dBA
Rujukan: DecibelPro.
Sound level meter boleh digunakan untuk mengukur kekuatan bunyi di dalam kelas. Walau bagaimanapun, dengan bantuan teknologi guru-guru boleh menggunakan aplikasi di telefon pintar untuk mengukur kekuatan bunyi di sekeliling. Berikut adalah antara aplikasi yang boleh digunakan:
Secara akustik, kekuatan suara guru perlu 15 dB melebihi bunyi hingar latar belakang (+15 dB). Selain itu, kekuatan suara guru juga akan berkurang apabila jarak bertambah. Oleh itu, bagi memastikan suara guru dapat didengar dengan jelas oleh murid terutama MBPK KUP, bunyi hingar latar belakang hendaklah dikurangkan dan MBPK KUP sebaiknya duduk berdekatan dengan guru.
Adakah kelas guru-guru bergema? Gema terjadi apabila berlakunya pantulan bunyi dan menghasilkan kesan gema yang memanjangkan bunyi, seterusnya menyebabkan mendengar menjadi lebih sukar atau mencabar. Gema berlaku apabila bunyi dari sumber telah berhenti, tetapi pantulan bunyi masih berterusan dalam bilik. Jika permukaan dalam bilik adalah keras (seperti dinding batu, bumbung, lantai simen), maka bunyi akan terpantul di sekeliling bilik dan menyebabkan kesukaran untuk mendengar mesej atau input yang disampaikan.
Akomodasi dan modifikasi persekitaran fizikal kelas perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti bunyi di dalam kelas. Penggunaan bahan yang bersifat menyerap bunyi atau bahan-bahan yang bersifat lembut adalah strategi utama yang boleh dilakukan kerana penggunaan bahan tersebut boleh mengurangkan gema dan bunyi hingar latar belakang. Guru-guru boleh melakukan modifikasi dan memaksimumkan penggunaan bahan serta peralatan sekeliling bagi menambahbaik akustik di dalam kelas. Berikut adalah antara strategi yang boleh dilakukan:
Material lembut ini dapat mengurangkan gema dan menyerap bunyi terutama daripada terpantul pada lantai.
Pastikan langsir kelas dapat menutup tingkap sepenuhnya. Selain daripada melindungi kelas daripada panas matahari, langsir dengan material fabrik, dapat mengelakan pantulan bunyi pada tingkap kaca dan mengurangkan gema.
Softboard dapat mengurangkan pantulan bunyi dan juga menyerap bunyi. Oleh itu bunyi tidak terpantul pada dinding kelas.
Kain felt adalah lembut dan boleh menyerap bunyi. Ia boleh digantung atau ditampal pada dinding kelas.
Pastikan untuk mematikan peralatan yang bising (kipas/ lampu/ AC/ dll.) apabila tidak digunakan.
Tukar peralatan yang rosak dan bising sama ada kipas atau lampu atau lain-lain.
Gunakan penyerap bunyi (anti-noise) pada kaki kerusi dan meja bagi mengurangkan bunyi bising perabot.
Boleh dipasang dalam kelas atau tempat terbuka seperti dewan. Dapat mengurangkan gema dan bunyi latar belakang serta penyenggaraan yang rendah.
Pemasangan panel akustik dapat meningkatkan kualiti akustik dalam kelas. Namun, pilihan ini melibatkan kos yang lebih besar.
Murah dan mudah didapati di pasaran. Permukaan lembut yang boleh menyerap bunyi daripada terpantul di lantai.
Boleh ditampal pada dinding kelas bagi mengurangkan gema. Murah dan mudah didapati di pasaran.
Bahan lembut yang boleh menyerap bunyi dan kurangkan gema
Panduan Akomodasi dan Modifikasi Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran