Pengajaran

Pengajaran

Akomodasi & Modifikasi Pengajaran

Pelaksanaan akomodasi dan modifikasi dalam pengajaran adalah tanggungjawab semua pihak bermula daripada pentadbir, guru-guru, murid-murid dan MBPK KUP.

Semua pihak perlu memahami keperluan pembelajaran MBPK KUP bagi memastikan keupayaan mereka dapat dioptimumkan. Pelaksanaan akomodasi dan modifikasi dalam pengajaran guru bukan sahaja memberi manfaat kepada MBPK KUP, malah ia juga dapat menyokong pembelajaran semua murid dalam kelas.

Persediaan Pelaksanaan Akomodasi dan Modifikasi Pengajaran

Apabila semua pihak memahami keperluan MBPK KUP dan bersedia untuk menerapkan strategi yang dapat menyokong pembelajaran mereka, akomodasi dan modifikasi dalam pengajaran dapat dijalankan dengan lebih efektif.

Berikut adalah antara strategi akomodasi dan modifikasi dalam pengajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru:

Sistem Buddy

MBPK KUP menghadapi kesukaran untuk mendengar dalam persekitaran yang mempunyai bunyi hingar latar belakang seperti di dalam kelas. Kebanyakan MBPK KUP juga mempunyai isu keyakinan diri dan kemahiran komunikasi-sosial yang boleh ditambah baik dengan bimbingan dan sokongan. Guru boleh melaksanakan sistem buddy sebagai satu akomodasi untuk membantu mereka dalam menangani kesukaran ini.

"Buddy" adalah rakan yang bertanggungjawab dalam menyokong, membimbing dan membantu individu atau rakan yang memerlukan.

Pemilihan buddy dan tugas buddy:

Sistem Buddy boleh dilaksanakan di semua jenis program pendidikan. Walau bagaimanapun, bagi pelaksanaan di kelas arus perdana atau di bawah PPI, MBPK KUP dicadangkan untuk ditempatkan di dalam kelas yang mempunyai tahap akademik yang baik ke sederhana bagi memudahkan bimbingan dan tidak membebankan 'buddy'

Selain itu, aspek keselamatan perlu diutamakan khasnya yang berkaitan dengan peraturan dan prosedur keselamatan bagi aktiviti serta PdP di luar kelas.

Berikut adalah strategi akomodasi yang boleh diterapkan bagi memastikan pembelajaran MBPK KUP di luar kelas adalah selamat.

Pencatat Nota

Mencatat nota semasa sesi pembelajaran adalah suatu perkara yang sukar bagi MBPK KUP kerana mereka menggunakan deria pendengaran dan penglihatan untuk mendengar.

Pencatat nota adalah individu yang ditugaskan untuk mencatat kandungan dalam sesi PdP. Seterusnya, nota tersebut boleh dibaca oleh MBPK KUP dalam membantu mereka untuk lebih memahami kandungan pembelajaran pada hari tersebut.

p/s - Nota untuk guru: Akomodasi ini hanya sesuai untuk MBPK KUP yang boleh membaca.

Pencatat nota berupaya untuk:

a. mencatat nota dengan tulisan yang jelas;

b. tatabahasa yang betul; dan

c. ejaan yang betul.

Cadangan lantikan pencatat nota:

a. sukarelawan dalam kelas; atau

b. sumber luar.

Aplikasi segerak speech-to-text

Segerak atau Real time: Semasa/ masa sebenar

Speech-to-text: Menukar pertuturan ke teks

Aplikasi ini digunakan semasa sesi PdP di mana, suara guru diterjemah kepada teks bertulis sejurus guru menyebut perkataan tersebut.

Teks yang disediakan adalah bantuan visual bagi MBPK KUP untuk lebih memahami kandungan pengajaran.

p/s - Nota untuk guru: Akomodasi ini hanya sesuai untuk MBPK KUP yang boleh membaca.

Untitled (35)
Sumber imej: https://en.wikiversity.org/wiki/Digital_Media_Concepts/Speech_Recognition
Contoh aplikasi segerak speech-to-text yang boleh digunakan:

Google Documents (percuma);

Notta (perlu dilanggan) - https://www.notta.ai/en ;

Speechmatics (perlu dilanggan) - https://www.speechmatics.com/;

Gboard (oleh Google Cloud dan perlu dilanggan) - Google

Playstore dan App Store;

lain-lain yang bersesuaian.

Untitled (36)
Sumber imej: https://www.wps.com/blog/how-to-download-google-docs-for-pc-win10-and-win11/
Google Documents sebagai bantuan speech-to-text

1. Buka aplikasi Google Doc.

2. Tekan 'Tools'.

3. Pilih 'Voice Typing'.

4. Pilih Bahasa Melayu.

5. Tekan butang mikrofon.

6. Bercakap.

Peralatan yang diperlukan: Laptop dan mikrofon akan menambahkan kejelasan pertuturan guru.

Penggunaan aplikasi ini juga memerlukan akses internet.

Tahukah Anda?

Aplikasi real time speech-to-text boleh digunakan sebagai alternatif bagi pencatat nota

Sari Kata dan Kapsyen

Sari kata dan kapsyen adalah maklumat visual yang disediakan bersama-sama dengan maklumat audio-visual seperti video. Ia yang dapat membantu murid untuk memahami perkataan yang disebut dan maklumat auditori di sekeliling atau di persekitaran yang terdapat dalam bahan audio-visual tersebut.

Subtitles for Deaf and Hard-of-Hearing

Subtitles for Deaf and Hard-of-Hearing (SDH) adalah sari kata khas yang disediakan untuk individu dengan masalah pendengaran. Ia adalah sari kata yang mempunyai maksud dan maklumat yang lebih mendalam dan jelas bagi memberi kefahaman bagi setiap kandungan dan situasi. Ia juga mengandungi kapsyen dengan simbol CC lebih meluas dan contoh terdekat adalah seperti dalam platform Youtube.

Berikut adalah antara kelebihan dan faedah penggunaan sari kata dan kapsyen dalam pembelajaran:

Sumber imej: https://www.linkedin.com/pulse/accessible-education-kushagra-nigam

Aksesibiliti atau kebolehcapaian

Sari kata dan kapsyen juga meningkatkan kebolehcapaian pada bahan audio-visual terutama kepada MBPK KUP. Ia meningkatkan tahap berdikari dan budaya inklusif di kalangan murid-murid.

Sumber imej: https://farthertogo.com/121217-predictive-brain-part-2/

Multisensori

Penggunaan sari kata dan kapsyen adalah kaedah pembelajaran multisensori (auditori dan visual) dan penerapan strategi ini dapat meningkatkan pengekalan maklumat dan ingatan (memori). 

Sumber imej: https://www.tanglewoodacademy.com/blog/2016/06/getting-the-facts-about-voluntary-pre-k/

Kemahiran Literasi

Penggunaan sari kata dan kapsyen dapat meningkatkan dan menambahbaik kemahiran literasi dari aspek:

  • kelancaran;
  • penguasaan kosa kata; dan
  • sebutan.
Oleh itu, guru-guru perlu: menekan butang CC pada video yang dimainkan; dan menulis serta menjelaskan perkataan-perkataan baru atau sukar difahami sebelum atau selepas memainkan video.

Pause atau mini-breaks

Untitled (37)

Berhenti seketika (pause) atau mini-breaks diperlukan untuk memberi masa kepada murid untuk:

    1. mencatat nota;

    2. merujuk nota, diagram, jadual, rajah dan lain-lain yang disediakan oleh guru; dan

    3. membaca kandungan slaid atau bahan yang disediakan oleh guru.

PENTING !

Selain itu, guru boleh berhenti seketika apabila menukar tajuk atau topik pengajaran bagi mengelakan kekeliruan kepada murid.

Penggunaan pause dalam aktiviti perbincangan

Aktiviti perbincangan dalam kelas adalah satu aktiviti yang menyukarkan bagi MBPK KUP kerana memerlukan keupayaan mengenal pasti penutur dan memproses maklumat yang dikongsikan. Oleh itu, berhenti seketika atau pause dapat membantu MBPK KUP untuk menyertai sesi perbincangan dengan lebih efektif.

Antara strategi yang boleh dilakukan adalah:

Rujuk Bahagian Sumber untuk templat label yang boleh diberikan kepada murid-murid.
PacerSpacer sebagai kiu visual untuk Pause bagi guru.

PacerSpacer adalah kiu visual yang dibangunkan oleh Rochester Institute of Technology/ National Technical Institute of the Deaf.

Berikut adalah PacerSpacer yang boleh dimuat turun dan digunakan:

Keletihan adalah satu isu yang biasa dihadapi oleh MBPK KUP kerana mereka menggunakan lebih banyak tenaga dan keupayaan kognitif untuk mendengar, menapis dan memproses bunyi-bunyi di sekeliling.

Tips: Berikan masa rehat atau rehat sensori bagi memberi ruang kepada murid untuk 'recharge'.

ARAHAN GURU

Arahan verbal yang jelas dan ringkas adalah sangat penting bagi MBPK KUP. Selain itu, MBPK KUP memerlukan arahan langkah demi langkah daripada guru bagi memudahkan mereka untuk melaksanakan arahan tersebut.

Strategi untuk memberi arahan kepada MBPK KUP

Selain itu, arahan verbal perlu disokong dengan arahan bertulis terutama bagi aktiviti yang melibatkan keselamatan murid seperti di makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan lain-lain.

Sumber video: https://youtu.be/jylb7TDn2Tk

Sumber Video: https://youtu.be/z2EfxREKmsA

Strategi Lain dalam Menyokong Pembelajaran MBPK KUP

Peraturan Kelas Bergambar

Peraturan ini disediakan untuk memastikan komunikasi berkesan dapat diterapkan dalam kelas dan menyokong MBPK KUP untuk mendengar dengan lebih baik.

MBPK belajar melalui bahan visual dan peraturan bergambar dapat membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca untuk memahami peraturan kelas. Peraturan kelas juga adalah panduan yang tersusun untuk murid bagi mengetahui perkara/ tindakan/ perbuatan yang sepatutnya mereka lakukan.

Peraturan kelas dinyatakan pada permulaan semester.

Disarankan untuk diulang setiap hari bagi memberi kefahaman dan peringatan kepada murid.

Pengulangan boleh dikurangkan setelah murid dapat mengikut peraturan kelas.

Dalam konteks akomodasi dan modifikasi pengajaran bagi MBPK KUP, peraturan kelas terutama cara berkomunikasi dalam sesi perbincangan adalah sangat penting.

Berikut adalah antara peraturan yang boleh ditetapkan bagi menyediakan sesi perbincangan yang berkesan:

Pembelajaran Maklumat Baharu

Pengenalan kepada maklumat, perkataan, istilah atau konsep yang baharu memerlukan penjelasan secara verbal dan juga visual. Oleh itu, strategi pra-pengajaran (pre-teaching) dan juga sebelum mengakhiri sesi PdP adalah sangat penting.

PRA-PENGAJARAN

MBPK KUP mempunyai bilangan dan kefahaman kosa kata atau perkataan yang terhad dan perkara ini memberi kesan pada kemahiran komunikasi, bahasa dan sosial mereka.

Pengenalan kepada perkataan dan konsep baharu, merupakan strategi yang efektif dalam membantu MBPK KUP mengintegrasikan perkataan dan konsep baru dengan maklumat sedia ada mereka. Perkataan tersebut diperkenalkan sebelum guru mengajar kandungan utama bagi tajuk tersebut.

Tips pengajaran perkataan baharu:

Kajian menunjukkan, sekurang-kurangnya 12 kali pengulangan diperlukan bagi memastikan kefahaman yang mendalam untuk perkataan yang baru dipelajari. (Easterbrooks & Beal Alvarez, 2013).

Kamus Perkataan atau Kosa Kata

Perkataan baharu ditulis bersama-sama maksud bagi perkataan tersebut. Perkataan itu juga divisualkan di papan tulis/ slaid/ papan kenyataan/ mana-mana yang bersesuaian.

Kamus kosa kata disediakan dengan meminta murid untuk menyediakan sebuah buku kosong atau apa-apa medium bagi menulis perkataan dan maksud tersebut.

Contoh penulisan kosa kata baru untuk paparan dalam kelas.

Perkataan dan nama-nama baharu yang diperkenalkan seperti dalam subjek Sejarah, Sains dan lain-lain boleh juga ditulis bagi memudahkan murid.

Pengulangan

,strong>Pengulangan dan penggunaan perkataan dalam pelbagai situasi adalah kunci kepada penguasaan perkataan-perkataan baharu. Oleh itu, guru bersama-sama ibu bapa/ penjaga disarankan untuk bekerjasama bagi membantu murid menguasai kemahiran ini.

Rujuk Bahagian Sumber untuk templat Kamus Perkataan dan Nota Komunikasi untuk ibu bapa.

Permulaan kelas

Guru disarankan untuk memulakan sesi PdP dengan menjelaskan:

1. Objektif pembelajaran bagi sesi tersebut;

2. Aktiviti yang akan dijalankan; dan

3. lain-lain yang bersesuaian.

Maklumat ini dapat menyediakan pembelajaran yang berstruktur dan memberi jangkaan kepada murid supaya lebih bersedia untuk belajar.

Selain itu, maklumat ini dapat membantu MBPK KUP untuk menggunakan maklumat sedia ada atau compensatory skill seperti kesedaran terhadap rutin atau jangkaan bagi membantu mereka untuk melengkapkan maklumat yang hilang/ terlepas/ tercicir.

Sebelum menamatkan PdP

Guru disarankan untuk:

1. menyemak senarai dan kefahaman bagi kosa kata baharu yang telah diperkenalkan;

2. meminta murid untuk mengulangkaji bersama-sama ibu bapa/ penjaga;

3. membuat rumusan kandungan pengajaran sesi tersebut; dan

4. memberi maklumat awal mengenai kandungan pengajaran untuk sesi akan datang.

Salah sangka dan salah faham

MBPK KUP akan:

1. bertanya apabila mereka tidak faham atau meminta pengulangan apabila tidak dengar.

2. selalu terganggu atau tidak fokus dan tidak memberi tumpuan semasa perbincangan dalam kelas.

3. mungkin mempunyai masalah pembelajaran kerana meraka tidak berupaya untuk mengikut arahan dan bekerja seperti murid lain.

4. tidak menyertai aktiviti berkumpulan secara aktif dan membiarkan rakan-rakan yang lain menyiapkan tugasan.

Perkara ini berlaku kerana tingkah laku MBPK KUP yang menimbulkan kekeliruan kepada orang sekeliling. Namun, ia adalah disebabkan oleh kesukaran mereka untuk:

Pendengaran: mendengar dengan jelas.

Pertuturan: menyampaikan hasrat serta idea mereka.

Pautan untuk rujukan luar:

https://deaftec.org/teaching-learning/teaching-tools/pacerspacer/

Panduan Akomodasi dan Modifikasi Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran