Aspek Akomodasi & Modifikasi
Berikut adalah maklumat ringkas bagi setiap aspek akomodasi dan modifikasi yang akan dijelaskan dalam panduan ini:
Maklumat mengenai pendengaran, tahap pendengaran, memahami audiogram dan Speech Banana.
Bahagian ini berfokus pada peralatan sokongan yang digunakan oleh murid dan peralatan sokongan di dalam kelas. Selain itu, bahagian ini berfokus pada peralatan sokongan yang disediakan di dalam kelas.
Bahagian ini meliputi strategi komunikasi yang digunakan oleh guru untuk berinteraksi dan berhubung dengan MBPK KUP dalam sesi PdP.
Bahagian ini meliputi halangan akustik dalam kelas dan strategi bagi mengurangkan halangan tersebut.
Bahagian ini meliputi strategi yang boleh diterapkan dalam pengajaran guru untuk meningkatkan kefahaman dan penyertaan MBPK KUP dalam sesi PdP.
Bahagian ini penyesuaian dan pengubahsuaian yang dilaksanakan oleh guru dalam aspek penilaian yang melibatkan ujian atau peperiksaan bagi MBPK KUP.
Bahagian ini melibatkan pelaksanaan kurikulum yang lebih fleksibel dikalangan warga sekolah.
Kesesuaian penempatan pendidikan kepada MBPK KUP adalah kompleks dan bersifat individu. Keupayaan setiap MBPK KUP perlu dilihat secara holistik bagi memastikan keupayaan mereka dapat dimaksimumkan. Perbincangan ibu bapa/ penjaga dengan ahli pelbagai disiplin yang terdiri daripada guru, audiologis dan terapis pertuturan-bahasa adalah sangat penting untuk memastikan, MBPK KUP ditempatkan di program pendidikan yang tepat. Berikut adalah program pendidikan yang ditawarkan oleh KPM:
MBPK KUP menjalani pembelajaran di kelas aliran perdana.
MBPK KUP menyertai beberapa subjek yang boleh dikuasai di kelas arus perdana dan kembali ke PPKI bagi lain-lain subjek.
Bertutur.
MBPK KUP sebaiknya mempunyai tahap komunikasi verbal yang hampir atau setara dengan murid seusia.
Berupaya mendengar dan memahami arahan guru.
Kemahiran mengurus peranti pendengaran dapat membantu MBPK KUP untuk mengoptimumkan penggunaan peranti dan lebih berdikari.
Kurikulum Kebangsaan.
MBPK KUP menjalani pembelajaran di kelas aliran perdana.
MBPK KUP menyertai beberapa subjek yang boleh dikuasai di kelas arus perdana dan kembali ke PPKI bagi lain-lain subjek.
Kurikulum Kebangsaan: Digunakan oleh MBPK KUP di PPKI Ketidakupayaan Pendengaran.
Kurikulum yang dibina khusus: Kurikulum alternatif yang dibina khusus bagi memenuhi keperluan MBPK.
Hubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah-sekolah yang mempunyai PPKI untuk maklumat lanjut.
PPKI Ketidakupayaan Pendengaran: Bahasa Isyarat dan komunikasi seluruh.
PPKI Masalah Pembelajaran: Bertutur dan bantuan visual.
MBPK KUP yang berada di PPKI Masalah Pembelajaran boleh menggunakan medium komunikasi secara verbal atau menggunakan bantuan visual untuk berkomunikasi.
Kemahiran mengurus diri dapat membantu MBPK KUP untuk lebih bersedia untuk belajar.
Sekolah khas yang menempatkan MBPK sahaja dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah menengah vokasional.
Terdiri daripada MBPK KUP, MBPK Masalah Pembelajaran dan MBPK KUP dengan Masalah Pembelajaran (Ketidakupayaan Pelbagai).
Menerima MBPK dari semua jenis kategori ketidakupayaan.
Menyediakan latihan kemahiran dan MBPK layak mendapat Sijil Kemahiran Malaysia. Penawaran program kemahiran mengikut tahap sama ada tahap1, tahap 2 atau tahap 3 bergantung kemahiran yang diambil.
Kemahiran mengurus diri dapat membantu MBPK KUP untuk lebih bersedia untuk belajar.
MBPK KUP disarankan untuk terus menjalani sesi terapi dan intervensi di pusat atau fasiliti kesihatan seperti perancangan ahli pelbagai disiplin.
Hubungi Bahagian Pendidikan Khas atau sekolah-sekolah pendidikan khas untuk maklumat lanjut. (https://epkhas.moe.gov.my)
Kurikulum Kebangsaan: Digunakan oleh MBPK KUP di PPKI Ketidakupayaan Pendengaran.
Kurikulum yang dibina khusus: Kurikulum alternatif yang dibina khusus bagi memenuhi keperluan MBPK.
Kurikulum Latihan Kemahiran: Disediakan kepada MBPK di sekolah menengah.
MBPK KUP: Bahasa Isyarat dan komunikasi seluruh.
MBPK Masalah Pembelajaran: Pertuturan atau bantuan visual.
MBPK KUP dengan Masalah Pembelajaran (Ketidakupayaan Pelbagai): Bahasa Isyarat dan bantuan visual.
Kolej Vokasional (KV) telah memulakan pengambilan MBPK KUP di KV Keningau, Sabah, dengan menawarkan beberapa program kemahiran yang melayakkan mereka memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
MBPK KUP di KV didedahkan kepada pembelajaran teori dan akademik, serta amali di bengkel kemahiran. Sesi PdP dilaksanakan secara co-teaching oleh guru kemahiran dan guru pendidikan khas.
Lakukan semakan di laman sesawang KPM untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai KV yang menawarkan kelas pendidikan khas: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/kvkeningau/
Sila hubungi pihak KV Keningau untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai program kemahiran yang ditawarkan bagi sesi akademik semasa.
Panduan Akomodasi dan Modifikasi Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran