Kurikulum

Kurikulum

Akomodasi & Modifikasi Kurikulum

Kurikulum ditakrifkan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah. Akomodasi dan modifikasi dalam kurikulum memainkan peranan penting dalam memastikan MBPK KUP mendapat pendidikan yang setara dan berkesan.

Fleksibiliti

Akomodasi merujuk kepada strategi yang digunakan untuk menyesuaikan persekitaran atau kaedah pengajaran tanpa mengubah kandungan kurikulum, seperti penggunaan alat bantu dengar, sarikata, atau jurubahasa isyarat. Modifikasi pula melibatkan perubahan terhadap kandungan kurikulum itu sendiri bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid, seperti arahan mudah dan jelas atau penggunaan bahan bacaan yang sesuai.
Fleksibiliti dalam pelaksanaan kurikulum memainkan peranan penting dalam membantu murid untuk mencapai objektif pembelajaran.

Penyediaan kurikulum dan metod penilaiaan perlu mengambilkira keupayaan bahasa dan kognitif MBPK KUP bagi memastikan penilaiaan yang dilaksanakan mengukur keupayaan sebenar MPBK KUP.

Kurikulum Yang Diperluas

MBPK KUP juga memerlukan kurikulum yang diperluaskan untuk membantu mereka mengatasi cabaran yang berkaitan dengan kemahiran akademik, komunikasi dan perkembangan sosial.

Audologi

Teknologi bantuan

Komunikasi/ bahasa pragmatik

Kajian pekak

Hak ketidakupayaan

Kemahiran kefungsian

Pendidikan keluarga

Kemahiran mendengar

Kemahiran Bahasa Isyarat

Kemahiran sosial dan emosi

Perancangan transisi

Selain itu, MBPK KUP sering kali menghadapi kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi dengan rakan sebaya, guru, kelaurga dan individu di sekeliling mereka oleh itu kurikulum yang diperluaskan ini perlu memberi penekanan kepada kemahiran-kemahiran ini untuk memastikan mereka dapat berfungsi dengan baik dalam masyarakat. Selain itu, latihan dan bimbingan khusus untuk ibu bapa dan guru juga perlu disediakan agar sokongan kepada pelajar-pelajar ini dapat diberikan secara menyeluruh.

Maklumat dalam Panduan Akomodasi dan Modifikasi PdP bagi MBPK KUP ini yang mengintegrasikan bidang audiologi dan pendidikan meliputi sebahagian daripada kandungan kurikulum yang diperluas. Semoga maklumat dan kandungan dalam panduan ini dapat membantu guru untuk melaksanakan PdP yang lebih fleksibel dan mencapai objektif pembelajaran serta menyokong pendidikan MBPK KUP secara holistik.

Pautan untuk rujukan luar:

https://handsandvoices.org/articles/education/law/V14-4_expandedcore.htm

https://deafandblindoutreach.org/dhh-screenings-assessments-and-edu-evaluations/dhh-expanded-core-curriculum