Implan Koklea

Implan Koklea

Implan Koklea

Implan koklea adalah satu peranti kecil dan kompleks yang boleh membantu individu dengan bermasalah pendengaran jenis sensorineural tahap teruk ke sangat teruk untuk mendengar.

Pemakaian peranti ini adalah melibatkan pembedahan, pengaktifan elektrod, mapping dan terapi yang komprehensif.

Komponen Implan Koklea

Peranti pendengaran ini mempunyai dua komponen iaitu komponen luaran dan komponen internal yang diimplan melalui pembedahan.

Sumber imej: https://specialist-ent.com/ear-cochlear-implant-surgery/

Implan koklea adalah satu peranti yang berteknologi tinggi dan memerlukan software tersendiri untuk melakukan tetapan (setting). Audiologis adalah individu yang bertanggungjawab untuk melakukan menetapkan pada implan koklea.

Pendengaran dengan menggunakan implan koklea adalah berbeza dengan ABP kerana:

1. Implan koklea: Pendengaran elektrikal; dan

2. ABP: Pendengaran secara akustik.

Implan koklea melibatkan pertukaran sumber tenaga daripada bunyi (akustik) ke elektrik dan perkara ini memberi kesan pada output bunyi yang didengar oleh MBPK KUP.

Sumber Video: https://youtu.be/qbFi1ui9FU8

Sumber Video: https://youtu.be/YpEjhwX2ZG4

Tahukah Anda?

Pemasangan implan koklea perlu dilakukan seawal mungkin setelah mendapat keputusan lengkap diagnosis daripada pasukan MDT. Pemasangan implan koklea boleh dijalankan seawal umur 6 bulan untuk mencapai hasil yang optimum. Ia adalah sangat penting bagi memastikan penerima implan koklea berupaya untuk menguasai kemahiran mendengar serta kemahiran komunikasi, bertutur dan bahasa mengikut perkembangan kanak-kanak seusianya.

Semakan Guru

Perkara yang boleh MBPK KUP/ ibu bapa/ guru lakukan adalah untuk memastikan implan koklea berfungsi dengan baik.

Bateri: Bateri dengan kapasiti penuh atau dicas sebelum ke sekolah. Implan koklea juga memerlukan bateri untuk berfungsi.

Komponen luar (prosessor) dan transmitter diletakkan pada tempat yang betul: Kenalpasti tempat magnet diletakkan di dalam kepala (Satu magnet diletakkan di tengkorak kepala semasa pembedahan sebagai tempat untuk melekatkan transmitter dan/atau prosessor).

Bagi prosessor yang disambungkan dengan transmitter dengan menggunakan kabel: Pastikan kabel berada dalam keadaan yang baik.

Program: Implan koklea juga mempunyai program tambahan (Cth: Sistem FM, T-Loop/ T-Coil) seperti ABP. Pastikan MBPK KUP menekan butang program yang sesuai mengikut keadaan.

sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=GpW5MVB0gmY

Indikator Lampu Implan Koklea

Lampu merupakan indikator utama bagi implan koklea. Setiap model implan koklea mempunyai indikator lampu yang berbeza.

Oleh itu, perlu mengenal pasti jenis dan model implan koklea yang dipakai bagi memudahkan troubleshooting.

Soalan dan Jawapan

Cikgu: Bagaimana saya boleh dapatkan maklumat berkaitan implan koklea murid saya?

Min: Cikgu boleh ke bahagian sumber untuk muat turun template bagi mendapatkan maklumat implan koklea murid cikgu dan boleh minta ibu bapa untuk mengisi borang maklumat tersebut.

Jenama implan koklea yang biasa digunakan di Malaysia
Cochlear
MEDEL
Advance Bionics (Ab)
Contoh indikator lampu bagi beberapa model implan koklea adalah seperti berikut:
Indikator Lampu: Advanced Bionics (Ab) Sky CI M90 Sound Processor
Indikator Lampu: Cochlear Kanso Dan Nucleus 7 Sound Processor
Indikator Lampu: MED-EL Rondo 2
Indikator Lampu: MED-EL SONNET dan SONNET 2 Processor
Indikator Lampu: MED-EL AUDIOLINK
Sumber imej: https://www.medel.com/hearing-solutions/accessories/connectivity/audiolink
Tahukah Anda?

Pemasangan satu (1) implan koklea boleh menelan kos antara RM 85,000.00 -Rm 100,000.00. Pemasangan impan kedua kebiasaannya mendapat potongan harga daripada pihak syarikat pembekal. Bagaimanapun, kesesuaian memakai dua (2) implan koklea perlu melalui penilai audiologis dan ahli pasukan implan koklea yang lain.

Panduan Akomodasi dan Modifikasi Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran