-Akta Teknologi Bantuan 2004
Teknologi pendengaran dalam konteks panduan ini merangkumi tiga (3) perkara utama iaitu:
1. Alat bantu pendengaran;
2. Implan koklea; dan
3. Assistive Listening Devices (ALD).
Maklumat mengenai jenis peranti pendengaran, penggunaan, komponen, penyenggaraan mudah, penyimpanan, troubleshooting dan sebagainya adalah penting untuk guru. Maklumat ini diperlukan oleh guru untuk menyokong pembelajaran MBPK KUP. Perkara ini dapat membantu guru-guru untuk:
Maklumat ini adalah untuk membantu guru memahami proses pemakaian peranti pendengaran dan juga keupayaan peranti pendengaran dalam membantu murid untuk mendengar, bertutur dan belajar.
Definisi: Proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan.
MBPK KUP memerlukan intervensi dan terapi bagi meningkatkan kemahiran:
1. mendengar;
2. berkomunikasi;
3. bertutur;
4. menguasai kemahiran bahasa; dan
5. bersosial
sebagai asas untuk menguasai kemahiran akademik. Intervensi awal dan berterusan adalah kunci kejayaan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran tersebut.
Lazimnya, MBPK KUP menjalani intervensi dan terapi bersama-sama ahli pasukan pelbagai disiplin atau Multi Disciplinary Team (MDT) seperti ahli audiologi, ahli terapi pertuturan-bahasa, terapis cara kerja dan ahli intervensi pembelajaran. Intervensi dan terapi ini boleh didapati di fasiliti kesihatan, pusat-pusat intervensi dan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK).
Namun, perlu diingat bahawa guru juga merupakan ahli MDT yang bertanggungjawab menerapkan strategi sokongan dan memastikan kesinambungan intervensi dari fasiliti kesihatan ke sekolah.
Pastikan ahli MDT yang menjalankan intervensi dan terapi mempunyai kelulusan dan berdaftar di bawah Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu (rujuk https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/index.php/ms/site-mahpc/info-mahpc) .
Keperluan terapi setiap MBPK KUP adalah berbeza. Oleh itu, perbincangan MDT adalah sangat penting dalam menetapkan intervensi dan terapi yang diperlukan oleh MBPK KUP.
"Dah terus boleh bercakap ke lepas pakai alat?"
"Kenapa murid saya pakai alat tapi tak boleh bercakap?"
Ini adalah antara dialog-dialog yang biasa didengar dan ia merupakan persoalan yang berlegar-legar di minda guru, ibu bapa dan individu di sekeliling.
Setelah memakai peranti pendengaran, MBPK KUP memerlukan habilitasi aural dan pendedahan pada bahasa serta input pertuturan bagi membolehkan mereka belajar bertutur.
Selain itu, MBPK KUP perlu menguasai kemahiran mendengar yang merupakan asas pada kemahiran bertutur dan bahasa. Kemahiran mendengar juga berlaku mengikut hierarki pendengaran yang dimulakan dengan mengesan, mendiskriminasi, mengenalpasti dan tahap tertinggi iaitu memahami bunyi yang didengar.
Kemahiran mendengar mengikut heirarki pendengaran adalah seperti yang berikut:
1. Mengesan (kemahiran auditori paling asas): Kesedaran pada kehadiran bunyi;
2. Mendiskriminasi: Keupayaan untuk menyatakan persamaan atau perbezaan antara dua bunyi;
3. Mengenalpasti: Keupayaan untuk menamakan bunyi yang didengar; dan
4. Kefahaman (kemahiran auditori paling kompleks): Melibatkan persepsi pendengaran dan kebolehan kognitif dan/ atau bahasa.
MBPK KUP yang tidak berupaya menguasai tahap kefahaman, mengalami kesukaran untuk memperoleh kemahiran bertutur.
MBPK KUP yang memakai peranti pendengaran perlu memastikan peranti mereka berfungsi dengan baik untuk mendengar bunyi persekitaran dan bunyi pertuturan.
MBPK KUP tidak dapat mendengar bunyi persekitaran dan pertuturan jika peranti pendengaran mereka tidak berfungsi dengan baik.
Semakan dengan menggunakan Bunyi 6 Ling boleh membantu guru untuk mengenalpasti peranti pendengaran MBPK KUP berfungsi dengan baik. Ia adalah satu cara yang mudah untuk dilakukan oleh guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan disarankan untuk membuat listening checks ini setiap hari. Ujian ini melibatkan kemahiran mendengar iaitu kemahiran mengesan, mendiskriminasi dan mengenalpasti bunyi.
Bunyi Ling-6 ialah satu set enam (6) bunyi pertuturan (/m/, /oo/, /ee/, /ah/, /sh/, dan /s/) yang merangkumi frekuensi nada rendah hingga tinggi. Ujian pantas dan mudah ini dibangunkan untuk menilai akses kepada bunyi-bunyi minimum yang diperlukan untuk mendengar, memahami, dan mempelajari pertuturan. Ia membolehkan ibu bapa, guru dan ahli profesional yang lain untuk memeriksa sama ada MBPK KUP mempunyai akses yang mencukupi kepada pelbagai bunyi pertuturan yang diperlukan untuk perkembangan bahasa.
/mm/: seperti membuat bunyi makanan yang sedap
/oo/ atau /u/: seperti dalam perkataan ibu
/ah/ atau /a/: seperti sedang menjerit saat aah
/ee/ atau /i/: seperti menyebut sesuatu yang jijik atau kotor
/sh/: seperti semasa membuat tanda senyap shh
/s/: seperti suara ular atau ssss
Berikut adalah langkah-langkah pelaksanaan bagi ujian Bunyi 6 Ling yang boleh dilakukan oleh guru:
Panduan Akomodasi dan Modifikasi Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran