Hubungi Kami

Perkongsian

Entri 1: Home Literacy Environment

Apa itu home literacy environment?

Home literacy environment atau persekitaran literasi di rumah merujuk kepada amalan yang menggalakkan perkembangan membaca dan menulis anak-anak. Amalan-amalan ini bermula sejak bayi lagi dan tidak terhad kepada pengajaran formal untuk mengajar anak membaca dan menulis. Contoh amalan yang menggalakkan perkembangan literasi ialah membaca buku cerita kepada/dengan anak-anak, menulis dan menampal label objek di sekeliling rumah, menyanyi, bermain permainan kata berima (rhyming words), dan menunjukkan logo-logo kereta dan papan tanda di sekeliling mereka.

Untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran atau pekak, persekitaran literasi yang baik boleh menjadi faktor pelindung (protective factor) terhadap risiko kelewatan perkembangan bahasa dan masalah membaca di kemudian hari. Jadi, amatlah penting untuk ibu bapa mewujudkan budaya literasi di rumah dan memastikan anak-anak dapat berinteraksi dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti ini.

Mengapa perlu wujudkan budaya literasi di rumah?

Home literacy environment atau persekitaran literasi di rumah merujuk kepada amalan yang menggalakkan perkembangan membaca dan menulis anak-anak. Amalan-amalan ini bermula sejak bayi lagi dan tidak terhad kepada pengajaran formal untuk mengajar anak membaca dan menulis. Contoh amalan yang menggalakkan perkembangan literasi ialah membaca buku cerita kepada/dengan anak-anak, menulis dan menampal label objek di sekeliling rumah, menyanyi, bermain permainan kata berima (rhyming words), dan menunjukkan logo-logo kereta dan papan tanda di sekeliling mereka.

Walaupun begitu, perkembangan literasi adalah proses pembelajaran seumur hidup dan tidak terhad ketika anak-anak mula memasuki alam persekolahan. Kita mahu mewujudkan budaya mencintai buku dan apa sahaja bentuk literasi (cerita, lagu, lakonan, dsb). Kita tidak mahu anak-anak merasakan bahawa membaca adalah ‘chore’ atau pekerjaan yang berat dan susah, apatah lagi membosankan. Membaca seharusnya menyeronokkan, menenangkan, dan memberi inspirasi.


Bagaimana ibu bapa boleh mewujudkan budaya literasi di rumah?

Antara amalan yang boleh diamalkan ialah membaca bersama anak-anak (shared book reading). Amalan ini dapat membantu meningkatkan perbendaharaan kata (vocabulary), pemahaman, kemahiran mengeja, dan kelancaran membaca. Semasa membaca, ibu bapa boleh melakukan perkara-perkara ini:

Rujukan

Panduan Akomodasi dan Modifikasi Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran